Badan NGO Kesihatan Perjelaskan Tanda-tanda Keluarga Toksik, Netizen Usik Bayangan Siapa

Tambah ke Sumber Pilihan
Badan NGO Kesihatan Perjelaskan Tanda-tanda Keluarga Toksik, Netizen Usik Bayangan Siapa

Sumber: Gambar hiasan

Persekitaran toksik ini bukan sahaja dalam hubungan mahupun persahabatan, ada kalanya ia datang daripada keluarga sendiri. Ia pastinya menjadi penyumbang tekanan dan kemurungan seseorang kerana mentalnya terjejas.

Bagi mengenal pasti petanda-petanda sebuah keluarga itu toksik, badan bukan kerajaan Public  Health Malaysia (PHG) di platform media sosial X, ada menghuraikan ciri-ciri tersebut.


Artikel Berkaitan : “Bila majikan cakap kita keluarga…” – Ramai Setuju Ayat Sentap Hazeman Huzir Pasal ‘Janji Palsu’ Majikan

Artikel Berkaitan : Gara-gara Kongsi Tips Yakinkan Isteri Untuk Ada Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikecam?

Menurut PHM, perselisihan faham dalam keluarga itu adalah normal, namun keluarga toksik itu merujuk kepada lingkungan yang penuh dengan perilaku negatif, konflik dan hubungan yang tidak sihat yang mana seringkali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.

Antara ciri-ciri tersebut adalah memanipulasi seseorang untuk buat rasa bersalah, merendahkan atau memalukan individu tersebut, kerap membanding-bandingkan, penderaan fizikal, mental dan emosi, enggan bertanggungjawab atas kesilapan diri, selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri dan jadi penyebab bebanan ekonomi serta kewangan.

“Tetapi jika persekitaran toksik dalam keluarga berlaku secara berterusan. Ia akan menyebabkan beban kesihatan mental yang parah.”

“Cari seseorang yang anda percayai untuk anda luahkan perasaan dan dapatkan bantuan jika anda memerlukan sokongan.”

Namun begitu, ada segelintir warganet dapat menghidu bahawa info ini seolah-oleh merujuk kepada suatu kes yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Naluri mereka lagi kuat apabila ada grafik yang memperlihat seorang wanita bertudung seperti memberi bayangan kepada kelibat seseorang.

Screenshot 2023 10 13 132323 Screenshot 2023 10 13 132351 Screenshot 2023 10 13 132417

Ini hanyalah sekadar info, tak ada nak maksudkan sesiapa kot. Kita husnuzon je.

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Badan NGO Kesihatan Perjelaskan Tanda-tanda Keluarga Toksik, Netizen Usik Bayangan Siapa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/badan-ngo-kesihatan-perjelaskan-tanda-tanda-keluarga-toksik-netizen-usik-bayangan-siapa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM