in

“Baby Blink??” – [VIDEO] Nangis Bila Tutup Lagu Blackpink, Ramai Terhibur Bayi Comel ‘Stan’ K-Pop!

Page Baby Blink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BLACKPINK in your area!


Haa, peminat-peminat K-Pop mesti akan tahu trademark yang selalu digunakan oleh kumpulan idol wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink dalam lagu-lagu mereka. Memang catchy lah orang kata!

Kumpulan dari agensi YG Entertainment ini telah pun mendominasi dunia K-Pop apabila meraih tempat di persada dunia. Jadi, tak hairan lah kalau fans diorang ni pun ramai. Dari kecik sampailah ke besar.

Tak percaya? Korang boleh tengok video dari TikTok @jad32991 ni…

@jad32991

He was 2 months old here, and he already a fan of #Blackpink especially #lisa ? whenever he cries, just play any Blackpink music videos, he will keep quiet

♬ original sound – JAD24 – JAD24

Dari video ini, bayi yang baru berusia dua bulan menangis apabila kakaknya memberhentikan lagu ‘How You Like That’ di TV namun kembali senyap apabila dimainkan semula. Wah… Tengok dance practice pun takleh kacau eh?

“Taste K-Pop bukan kaleng-kaleng!”

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian pengguna-pengguna TikTok yang lain kerana bayi comel itu seolah-olah faham dengan hiburan yang ditonton sampai dapat gelaran Baby Blink!

“Ohh dia lah yang rajin stream lagu2 Blackpink sampai nak dekat 1 bilion views tu?” – Gurau netizen

Tiktok Full

Belum reda dengan video itu, pemilik akaun ini turut memuat naik satu lagi perkongsian Baby Blink ni layan habis lagu Lisa iaitu ‘Lalisa’! Uishhh, nampak dah siapa yang dia paling minat dalam Blackpink…

@jad32991

Reply to @lilioto the only song that can make him still & quiet even when he cries, just change the mv to Lalisa, he will smile #blink #blackpink #baby #fanboy #lalisa

♬ original sound – JAD24 – JAD24

Disebabkan itu, ada yang mengatakan bahawa bayi ini menyenangkan kedua-dua ibu bapanya kerana tidak hanya tertumpu kepada kartun saja malah turut boleh layan lagu-lagu Blackpink. Suka korang eh? Hahaha…

Fokus betul tu dik! Sama-samalah kita tunggu next comeback Blackpink pulak okay? Hihihi…

Baca: Lucinta Luna Buat ‘Plastic Surgery’ di Korea, Ingin Ubah Wajah Jadi Lisa Blackpink

Untitled 3 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.