in

Azreen Nabila Trending di Twitter, Berjaya Pecah Rekod Peribadi di Pusingan Kelayakan 100m Olimpik

Ft Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika semalam nama pemain badminton negara, Lee Zii Jia menjadi sebutan, hari ini atlet pecut negara Azreen Nabila Alias pula mendapat perhatian sehingga trending di Twitter.



Ia gara-gara atlet kelahiran Terengganu itu berjaya memecahkan rekod peribadi pada aksi pusingan kelayakan 100 meter pagi tadi di Stadium Olimpik. Menurut Kosmo!, ini merupakan penampilan sulung Azreen pada temasya sukan terbesar dunia dan telah berjaya tamatkan saingan di kedudukan kedua terpantas dengan catatan 11.77 saat.

Azreen

 

“Ayuh sokong atlit kita petang ini!”

Rakaman video ketika pusingan kelayakan itu kini tular di media sosial dan ramai netizen berasa puas hati serta seronok melihat larian yang dilakukan, apatah lagi tuan empunya berjaya pecahkan rekod peribadinya.

Azreen hanya beza 0.168 saat dengan pelari pecut Iran, Farzaneh Fasihi yang menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 11.76 saat dan di tempat ketiga pula adalah Alshammari Mudhawi, pelari pecut dari Kuwait.

 

“Takpe, you did your best”

Azreen bagaimanapun menamatkan lariannya di pusingan pertama sebentar tadi di tangga ke-7, dengan catatan masa 11.91 saat. Walau bagaimanapun, ramai netizen masih tetap memujinya dan berasa bangga dengan pencapaiannya serta ada yang dilihat memberikan kata-kata semangat buat Azreen.

You did your best.”

Still proud of you.”

 

Seorang netizen berkata,

Ini baru permulaan, semoga dia (Azreen) terus perbaiki dan layak ke Paris 2024. Kita mesti sokong dia untuk terus ke depan.”

Baca: Olimpik Tokyo: Aaron Chia – Wooi Yik Kalahkan Beregu Badminton No 1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir

Beregu Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.