in

“Apa salah B40?”- Bengang Pelajar Tiada Komputer, Kenyataan Pensyarah Ini Buat Ramai ‘Panas’

Fi Ipta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak penularan wabak Covid-19 berlaku di negara kita, banyak pihak yang terjejas termasuklah dalam kalangan pelajar. Mereka terpaksa menjalani kelas secara online.


Namun, apabila kelas dijalankan secara tidak bersemuka, pastinya banyak kesulitan yang perlu dihadapi termasuk kemudahan internet dan medium pembelajaran (komputer). Oleh hal yang demikian, tular satu isu berkenaan ini di laman sosial semalam.

Menurut satu video yang telah viral di media sosial, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dirakam didakwa bertindak menghina seorang pelajar kelasnya ketika proses pembelajaran secara online dijalankan. Ia dipercayai kerana pelajar tersebut menghadiri kelasnya dengan menggunakan telefon bimbit.

Selain daripada bertanyakan tentang keadaan keluarga pelajar tersebut, beliau juga ada menyuarakan rasa marah kerana dikatakan pelajar itu masih tidak mempunyai komputer walaupun sudah berada di semester 5.

“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer! Pasal tu kau tak boleh belajar…” ujar pensyarah tersebut kepada pelajar itu.

“Itu sebab aku tak suka duduk dengan golongan B40”

Siapa sangka, akibat terlalu bengang dengan pelajar itu, pensyarah tersebut bertindak mengeluarkan satu kenyataan yang telah mengakibatkan ramai naik darah.

Di laman Twitter, ramai yang telah menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan pensyarah tersebut yang dianggap sebagai tidak wajar dan telah menyinggung perasaan pelajar tersebut serta keluarganya.

Komen Ipta

Walau bagaimanapun, isu ini masih lagi di dalam siasatan pihak atasan IPTA tersebut. Oleh itu, punca serta situasi penuh tentang kejadian ini masih lagi belum dikenalpasti.

Apa pun semoga insiden ini dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak secepat mungkin.

Baca: Pensyarah Terkedu Pelajar Bagi Alasan Assignment Kena Makan Arnab, Ramai Boleh Relate

Baca Pensyarah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.