in

“Ayah Pin versi baru” – Ajaran Sesat Baru Kini Bertapak di Lembah Klang, Gabung Semua Agama Dalam Satu Kuil

Kuil Agama E1629006024138

Sudah lama rasanya kita tak dengar tentang isu ajaran sesat yang bertapak di Malaysia ini kan. Namun baru-baru ini, menerusi akaun Facebook We Are All Firdaus Wong mendedahkan bahawa terdapat satu ajaran sesat versi ajaran Ayah Pin baru yang sedang bertapak di Lembah Klang. 

Menurut pendedahan tersebut, sebuah kuil yang beralamat di Puchong ini katanya menjadi pusat di mana penganut agama tersebut berkumpul.

Ajaran Ayah Pin Versi Baru?Dulu Ayah Pin mengaku semua agama dia yang cipta dan semua agama adalah sama serta dibuat…

Posted by We Are All Firdaus Wong on Sabtu, 8 Ogos 2020

 

Posting itu juga mendedahkan yang kuil berkenaan telah menghimpunkan ajaran daripada kesemua agama termasuklah agama Islam menerusi lukisan dan simbol bulan sabit dan bintang yang dipaparkan.

Lebih mengejutkan menerusi gambar-gambar tersebut dapat dilihat sekumpulan lelaki berserban dan bersongkok dipercayai beragama Islam dalam satu acara dalam kuil yang turut dihadiri penganut agama Buddha.

117307482 799543280784851 3042037691867593314 N

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi hari ini memaklumkan pihaknya akan menyiasat berhubung dakwaan tersebut.

“Sehingga kini saya tidak menerima apa-apa laporan berhubung ajaran sesat ini, namun saya akan membuat semakan dengan Jabatan Penguatkuasaan Jawi.

“Sebarang perkembangan saya akan maklumkan kemudian,” katanya ringkas.

Uish takutnya bila dengar pasal ajaran sesat semua ni! 

Baca: “Mcm best je” – Trailer Drama Mengenai ‘Ajaran Sesat’ Raih Perhatian Netizen

Sesat

Sumber: Facebook