in

Peguam Kongsi Cerita Ayah Hamilkan Anak Kandung, Manakala Isteri Rela Diceraikan Sebagai Tanda ‘Pengorbanan’

Fi Ayhh

Semakin hari semakin banyak cerita tentang kesalahan sumbang mahram yang terjadi di negara ni. Lebih memilukan apabila kisah yang terjadi ini melibatkan seorang ayah yang sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Bila hasutan syaitan tu dah meresap ke dalam jiwa, mulalah perbuatan terkutuk itu jadi kebiasaan golongan tak bertanggungjawab ini.

 

Terlanjur hingga anak hamil.. Ibu cerai tanda ‘pengorbanan’

Amat pahit untuk ditelan tentang kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam Nor Fatihah Azzahra, di laman Facebooknya. Menurut ceritanya, difahamkan terdapat pasangan suami isteri ini bagaikan tak kesah apabila anak perempuan mereka hamil anak bapanya sendiri.

Menurut Fatihah, seorang ayah berusia 40-an ini ‘meniduri’ anak perempuannya hingga membuatkan gadis lingkungan usia 20-an itu hamil.

Ayh 1

Namun apa yang paling tak masuk akal, si isteri bagaikan tak kisah dengan hal tersebut. Malahan dia sanggup bercerai dengan suaminya dan suruh berkahwin dengan anak perempuannya sendiri atas dasar ‘pengorbanan’. Apa benda ni??

Lalu si ayah dan si anak pun berkahwin dengan menggunakan khidmat sindiket perkahwinan yang dijalankan oleh warga asing di negara ini.

Ayh 3

 

Dunia makin ‘parah’

Bila mengimbau perkara tersebut, Fatihah menyifatkan bahawa dunia kini makin tenat kerana isu yang patut sudah menjadi pengetahuan macam ini tak dapat difahami dan dikuasai.

Dia juga menambah, bahawa perkara sebegini haruslah dipersalahkan kepada keluarga itu sendiri dan ibu bapa sangatlah bertanggungjawab untuk memainkan peranan yang sepatutnya.

Ayh 4

Tak dapat nak gambarkan apa yang golongan macam ni fikirkan. Sanggup buat perkara macam tu dekat darah daging sendiri.

 

Baca : “Nak buat macam mana, dah terlanjur” – Alasan Bapa ‘Haruan Makan Anak Bila’ Kantoi Sembunyikan Anak Mengandung Benih Sendiri

Foot Ayh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook