in

“Nak buat macam mana, dah terlanjur” – Alasan Bapa ‘Haruan Makan Anak’ Bila Kantoi Sembunyikan Anak Mengandung Benih Sendiri

Bapadurjana2

Harapan anak terhadap bapa adalah untuk jadi pelindung dirinya bila terancam ataupun dalam bahaya, tapi bukan pada seorang remaja 16 tahun ni, ayahnya sendiri yang menjadi ancaman besar apabila dia seringkali menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya.

Sebagai remaja perempuan yang lemah dan tergamam dengan apa yang terjadi kepadanya, remaja itu terpaksa akur menuruti kehendak ayahnya kerana tak mampu nak lawan memandangkan fizikal ayahnya lebih kuat.

 

Bersedia nak kahwin dengan anak sendiri

Kejadian ini berpunca dari peristiwa dua tahun lepas dimana bapa ‘haruan makan anak’ ini ternampak si mangsa tengah salin baju lepas balik dari sekolah.

Kemudian suspek terus peluk anak dia dari belakang, anak dia cuba melawan tapi fizikal ayahnya lebih kuat. Lapor Tribunnews.

Sejak dari itu, anak dia kerap kena rogol dengan bapa seminggu sekali, ia berlarutan sehingga dua tahun. Anaknya hanya selamat apabila waktu dia datang bulan je, Allahu bapa jenis apa ni.

“Dia selalu berontak setiap saya mau. Biasanya dalam sekali seminggu saya berhubungan badan. Kecuali kalau datang bulan”

Pebuatan terkutuk itu dilakukan saat isteri suspek sedang keluar membuat kerja sawah. Kelakuan kejam itu dibuat sehinggalah diketahui mangsa dah mengandung 6 bulan.

Sejak diketahui, si bapa durjana ni menggunakan bermacam-macam agenda untuk gugurkan kandungan anaknya tapi gagal sebab waktu 6 bulan tu janin dah cukup kuat.

Kering idea, suspek tergamak sembunyikan anaknya supaya tak nak ibu mangsa (isterinya) tahu, dia bawa anaknya ke satu daerah ini supaya dapat berselindung daripada ibu dan orang awam.

Sepanjang kejadian itu, isteri suspek mula rasa curiga melihat kelakuannya, dengan anak hilang selama 3 minggu lagi.

Pelik anak tak balik-balik,  isteri pergi buat laporan polis. Kegiatan kejam bapanya itu terbongkar apabila polis menemui anak mereka. Ketika di soalsiat mangsa mengaku dan bagi alasan untuk bertanggungjawab. Nak tahu apa bapa dia jawab?

 

Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi mau bagaimana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya mau menikahinya” 

Dari situ, mangsa mula mendedahkan kegiatan yang dia lakukan itu selama 2 tahun, maknanya umurnya masa tu baru 14 tahun.

Si bapa dari Indonesia itu kini berada dalam tahanan.

 

Baca : Bapa Durjana Dera Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Hingga Patah Peha Kiri

Deraanak