in

“Awalnya dia kata tidak pernah ke luar negara sebelum ini” – Pemakai ‘Gelang Pink’ Kantoi Bagi Maklumat Palsu

791567 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan gambar gelang tag kuarantin ditanggalkan dan dibiarkan di atas lantai di KLIA. Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau telah berjaya mengesan tuan empunya badan yang memakainya.


Individu yang baru pulang dari luar negara itu sudah tampil memberi keterangan, kata Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran.

 

Cuba tipu kata tak pernah keluar negara

Pelitup

Menerusi Berita Harian, lelaki berusia dalam lingkungan berusia 30-an itu pada awalnya memberikan keterangan yang tak tepat dan deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, awal bulan ini.

Kata Dr G Navindran lagi, individu terbabit mendakwa tidak pernag ke luar negara sebelum ini.

“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan ketika tiba di KLIA,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

 

Baca : “Contoh lembu yang tak reti makan dalam kandang”- Lagi Kes Individu Pakai Tag Kuarantin Lepak Kedai Makan

Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.