in

“Awak kena tahan malu”- Individu Menyamar Kawan Cikgu, Minta Gambar Bogel Pelajar

Pelajar Ditipu

Kini dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan internet yang semakin kerap digunakan dari masa ke semasa telah menimbulkan bukan sahaja kebaikan namun, keburukkan juga kepada masyarakat.

Hampir seluruh lapisan umur mempunyai gajet dan telefon pintar tersendiri tak kira tua ataupun muda, termasuk juga pelajar sekolah. Hal ini semakin membimbangkan kerana mereka terdedah dengan segala bentuk ancaman dan gangguan.

Baru-baru ini, telah tular sebuah posting di Facebook mengenai seorang individu yang menyamar sebagai seorang doktor dan memperdaya murid sekolah untuk menghantarkan gambar bogel mereka sebagai pemeriksaan kesihatan.

Salam mak mak.. Tlg pesan kat anak2 ya. Baik pompuan ataupun lelaki, hati2 klu dpt mesej atau task yg pelik2 dari cikgu….

Posted by MB Bansing on Friday, December 23, 2022

Menerusi posting berkenaan, dapat dilhat individu tersebut telah menghantar pesanan kepada murid terbabit melalui aplikasi Telegram dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Dr Fatin’.

Apa yang mengejutkan adalah, dia kenal dan tahu nama sebenar murid berkenaan dan si murid juga mengenali persona ‘Dr Fatin’ itu. Ini mungkin kerana individu tersebut telah membuat kajian sebelum mendekati mangsa.

Individu itu kemudiannya meminta murid itu untuk kunci pintu biliknya dan mengambil beberapa gambar ‘selfie’ dan gambar bogel sebagai salah satu pemeriksaan kesihatan yang dijalankan.

Oleh kerana murid itu mengenali doktor tersebut dan juga gurunya, dia telah membuat seperti yang disuruh tanpa ragu-ragu.

320958242 6078497122200759 4144758052492507905 N

Si ibu akhirnya mengambil tindakan

Susulan kejadian tersebut, ibu kepada mangsa telah mengambil tindakan untuk menghubungi pengetua sekolah berkenaan untuk mendapatkan pencerahan tentang kes ini.

Dalam posting yang sama juga terdapat beberapa gambar tangkap layar memaparkan perbualan ibu mangsa bersama pengetua sekolah terbabit.

Dari perbualan tersebut, pengetua berkenaan meluahkan rasa terkejut selepas menerima berita berkenaan serta memberitahu bahawa pihak mereka tidak pernah mengadakan pemeriksaan sebegitu di atas talian.

“Di sekolah pun kami tak pernah buat apa-apa pemeriksaan tubuh badan murid… tudung mereka pun kami tak pernah buka,” katanya.

320581165 874849770606368 1089774933529255228 N

Ibu mangsa turut menjelaskan yang anaknya itu telah menghantar beberapa gambar dan video dirinya daripada memakai baju, tidak berpakaian dan kemudian berpakaian semula.

Pengetua itu kemudian menasihati ibu mangsa untuk membuat laporan polis agar tindakan susulan dapat diambil.

Setakat ini belum ada berita susulan kejadian tersebut. Nasib baik si ibu pantas bertindak dan mohon pencerahan daripada pihak sekolah.

Agak menakutkan bila benda macam ni dah terjadi, harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera.

Baca : “Ma sakit…” – [VIDEO] Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh

Ma Sakit... Video Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh 1 758X399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook