in

“Apa yang Noh cakap semuanya tak betul” – Ibu Kandung Musa Dakwa Dimanipulasi Noh Salleh

Ft Noh Putar Belit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kandung Musa yang dikenali sebagai Athira mendakwa bahawa dirinya telah dimanipulasi oleh Noh Salleh, dakwanya, dia kesal dan kecewa dengan kenyataan yang telah diputar belit oleh vokalis kumpulan Hujan semasa ditemubual oleh pihak media berhubung dengan kemelut hak penjagaan Musa.


Tegas Athira, dia tidak mengizinkan Noh untuk mengambil Musa ketika ia di bawah penjagaan Mizz Nina, sebaliknya dimanipulasi.

Artikel berkaitan : “Yang jaga Musa bibik, kau pergi dating” – Noh Salleh Tampil Pertahankan Diri

Artikel berkaitan : “Kuku panjang, kotor, alami cirit birit” –  Mizz Nina & Suami Dedah Keadaan Musa Ketika Diambil Noh Salleh

 

Hanya bagi Noh jaga masa Mizz Nina pergi luar negara sahaja

Screenshot 2024 02 07 162520

“Ketika dia (Noh) minta saya menandatandangi ‘Statutory Declaration’ (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Mizz Nina ke luar negara dirinya dapat menjaga Musa.”

“Jadi, saya fikir Mizz Nina sibuk dengan kerja, saya izinkan Noh jaga Musa buat sementara. Disebabkan itu, saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain atau Pesuruhjaya Sumpah.”

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya, saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, jadi SD itu tak sah.”

“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi, bila saya dengar kenyataan diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang Noh cakap semuanya tak betul.”

Athira turut menegaskan bahawa dia menyerahkan Musa hanya pada Mizz Nina sahaja sejak dari awal lagi.

“Ya saya tandatangi surat penyerahan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sejak awal lagi. Mizz Nina adalah penjaga Musa yang sah.”

 

Dirancang sejak awal, kesal nama penuh tersebar

Screenshot 2024 02 07 162538

Athira turut mendakwa perkara ini telah dirancang lebih awal oleh Noh bersama pengasuh Musa,  namun dia tidak tahu mengenai perancangan ambil Musa pada 19 Disember tahun lalu.

Malah, Athira juga begitu kesal apabila nama penuh Musa tersebar selepas dia meminta Noh buat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya mula pelik apabila dia (Noh) menyuruh saya sekat nombor telefon Mizz Nina.

“Jadi, niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini.”

“Berhubung gambar Musa dimuat naik dalam laman sosial, dia (Noh) tahu kami sudah berjanji tidak mendedahkan wajahnya.”

“Mizz Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.”

“Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Mizz Nina sebagai pempengaruh.”

“Saya geram dan merasakan diri seakan dipergunakan. Sekarang mangsanya adalah saya. Noh seolah-olah berdendam dengan saya apabila berbuat demikian. Kalau betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya.”

 

Tidak dibayar oleh Mizz Nina!

Screenshot 2024 02 07 162646

Dalam pada itu, Athira turut menegaskan kepada Berita Harian bahawa dia sama sekali tidak dibayar oleh Mizz Nina dan tiada unsur rasuah, dia hanya menegakkan kebenaran. Malah, Athira juga menggesa Noh untuk bercakap perkara benar dan menjernihkan keadaan.

“Tidak, saya tidak dibayar. Saya hanya mahu Noh beritahu perkara yang betul. Dari apa yang dirancang sampai apa yang berlaku. Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan.”

Semalam, Noh telah mendakwa bahawa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka.

Noh yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam turut menegaskan bahawa ibu kandung Musa juga sudah membenarkannya untuk menjaga Musa menerusi akuan berkanun yang Athira sendiri serahkan kepadanya.

“Kami sudah buktikan dan tunjuk surat itu kepada Mizz Nina. Nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Mizz Nina.”

Untuk rekod, Mizz Nina pernah mendakwa bahawa Noh membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Kejadian tersebut terjadi pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas berada ke luar negara atas urusan kerja.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.