in

“Kuku panjang, kotor, alami cirit birit” – Mizz Nina & Suami Dedah Keadaan Musa Ketika Diambil Noh Salleh

Musa 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu penjagaan anak angkat yang berlaku antara Mizz Nina dan bekas suami, Noh Salleh masih belum selesai sehingga mendapat perhatian media dan orang ramai. Difahamkan, anak angkat mereka, Musa telah diambil oleh Noh Salleh pada Disember lalu tanpa pengetahuan Mizz Nina.


Walau bagaimanapun, Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad telah mendedahkan keadaan terkini Musa yang dikatakan trauma selepas tiga minggu berjauhan dengan ibu angkatnya.

Musa 1

Musa alami cirit birit, muntah, kuku panjang & kotor

Menurut mStar, ketika Musa kembali ke pangkuan Nina, dia mengalami cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

Artikel berkaitan: “Diamlah, kami tahu cerita sebenar” – Fynn Jamal Respon Di Video Temubual Suami Mizz Nina

Artikel berkaitan: “Tiada lagi pertikaian” – Peguam Jelaskan Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah

Bayangkan kanak-kanak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak jumpa. Dia mengalami ketakutan dan begitu juga saya yang risaukan tentang dia.

Mizz Nina yang berkongsi keadaan terkini Musa selepas prosiding menarik semua kes penjagaan penuh dan inter-parte anak angkatnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Musa 2
Sumber: kosmo!

Musa dibawa jumpa pakar psikiatri

Selepas Musa kembali ke pangkuannya, Nina telah membawa anak angkatnya berjumpa dengan pakar psikiatri bagi memastikan kesihatan mental kanak-kanak itu dalam keadaan yang baik. Disebabkan insiden itu juga, Musa dikatakan menjadi seorang yang penakut seperti hilang kepercayaan.

Sebagai contoh kalau saya mahu bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya. Dia seolah-olah hilang kepercayaan dan rasa saya tidak akan kembali kepadanya.

Untuk rekod, Noh didakwa telah melarikan Musa tanpa pengetahuan Nina pada 19 Disember 2023 ketika Nina dalam penerbangan ke Tokyo atas urusan kerja. Pun begitu, Noh tampil mempertahankan diri bahawa dia tidak sama sekali menculik Musa dan kembali menyerahkan kanak-kanak itu kepada Mizz Nina pada 13 Januari 2024.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.