in

“Apa salah saya? Bukan dapat gaji RM7 juta”

Jut4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas keluar berita yang Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Khazanah Nasional Berhad, ada je pihak yang tak berpuas hati.


Menurut Kosmobeliau mempersoal kritikan sesetengah pihak mengenai pelantikannya itu. 

Jut3
sumber: blog

“Saya terlibat…sebenarnya saya adalah orang yang memulakan Khazanah dan kini mahu memacu pada landasan yang betul. Apa salahnya dengan saya (dilantik ke jawatan itu)?.

“Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, saya tidak akan menerima gaji RM7 juta,” katanya kepada pemberita.

Tun M menjelaskan yang pelantikan baru tu bakal membantu Khazanah memberi fokus kepada beberapa isu tertentu. Walaupun dah dijelaskan, masih ada pihak yang tak bersetuju.

Jut2
sumber: the star

Antaranya ialah Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah tu dilihat bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan sebelum ni. Sebelum ni Pakatan Harapan ada menyatakan yang mereka tak mahu campur tangan politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Hmmm…

Mengikut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 30 Julai lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin dah pun dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Sebelum ni, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan supaya kerajaan dapat memilih kepimpinan baru untuk mengemudi syarikat tu.

Baru dilantik pun, dah ada yang tak senang duduk….

Baca: Tun M Menangis Depan Ulama

Jut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.