in

“Apa motif video ni?” – Video ‘Rentas Negeri Raya Corona’ Hafiz Mahamad Dikecam Netizen

Kes selebriti mahupun influencer golongan VIP yang telah berjaya merentas negeri dan tayang di media sosial ini nampaknya masih belum reda kerana dilihat ramai lagi antara mereka tayang aktiviti itu di media sosial.

Sudah semestinya ia akan menjadi kemarahan buat rakyat Malaysia kerana ia agak sensitif buat mereka yang dah lama tak bersua dengan orang yang tersayang. Jadi, ia juga mudah membuatkan netizen jadi triggered kalau hal ini dibuat main-main.

 

Video Raya Corona

Satu video telah menarik perhatian netizen di media sosial, namanya yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontorversi nampaknya menimpa kepada dirinya sekali lagi.

Di Instagram, Hafiz Mahamad ada muat naik satu video sempena Hari Raya Aidilfitri 21 jam lepas (dalam tempoh artikel ini ditulis).

Dalam video berdurasi 2 minit 17 saat ini menunjukkan Hafiz Mahamad cuba nak rentas negeri, sesampainya dia di sekatan jalan raya, dia memberikan isyarat secara bertulis, mungkin nak tunjuk kena jaga SOP.

Dia menunjukkan berbagai-bagai alasan untuk ‘lepas’, salah satu alasan yang digunakan adalah dirinya seorang instafamous sebelum para frontliner ajak dia makan sama-sama di bahu jalan.

Menurut Hafiz, apa yang dia cuba sampaikan adalah menyeru kita rakyat Malaysia agak bersabar biarpun ramai antara kita pasti tengah rindu dengan keluarga, ini kerana ada sesetengah orang Malaysia yang masih ingin cuba untuk rentas negeri dengan menggunakan alasan yang pelik-pelik.

 

Boleh triggered orang – Netizen

Bagaimanapun, video yang dikongsikan semula di Twitter dan raih lebih daripada 4K retweets dalam masa 19 jam ini telah mendatangkan rasa kurang senang terjadap majoriti netizen.

Ramai antara mereka masih tak faham motif video ini dan ada yang anggap bahawa ianya dianggap tak sensitif kerana boleh membuatkan orang rasa ‘terpanggil’ kerana ramai yang tak boleh lawat keluarga mereka yang mungkin dah mencecah setahun.

Berbeza pula dengan netizen di Instagram Hafiz sendiri, ramai yang terhibur melihat video tersebut. Bagi mereka video itu memang deep dan ada mesej.

Apapun, sesiapa yang team raya perantauan macam min ni, sabar lah ye.

 

Baca : “Niat hati saya, allah sahaja yang tahu” – Hafiz Mahamad Buka Mulut Buat Video Kawan Meninggal Dunia