in

“Niat hati saya, allah sahaja yang tahu” – Hafiz Mahamad Buka Mulut Buat Video Kawan Meninggal Dunia

Hafiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kecaman hebat yang diberikan di media sosial, ia nampaknya sampai ke perhatian tuan empunya badan sendiri.


Terbaru, Hafiz Mahamad ada muat naik ig story miliknya dengan menyatakan bahawa dia tidak mampu nak puaskan hati orang ramai.

 

Saya tak mampu nak kawal ‘hati’ kamu”

Kecaman itu berlaku kerana dia merakam hari pemakaman rakannya, dari baru sampai sehingga ke pengebumian.

Sehingga kini, tindakannya yang dianggap sengaja menayang rakan meninggal dunia itu menjadi kritikan netizen di media sosial kerana dilabel tidak sensitif.

Susulan dengan kejadian itu, Hafiz Mahamad menyatakan bahawa niatnya itu hanya Allah sahaja yang tahu, Hafiz menerangkan segala pandangan netizen itu adalah hak mereka dan dia tidak menyalahkan mereka kerana pendapat masing-masing.

Image From Ios 5

Tambahnya lagi, dia turut berjaya memberikan sumbangan lebih daripada RM 40K kepada keluarga arwah.

Image From Ios 1 3

Kesemua wang itu hasil daripada kutipan orang ramai selepas Hafiz membuat open donation untuk keluarga arwah.

Sebelum ini Caprice ada memberikan pendapat bahawa dia mengenali Hafiz dan menjelaskan bahawa Hafiz orangnya memang suka merakam segala aktiviti yang dilakukan untuk memberikan inspirasi kepada orang diluar sana.

Bagi Caprice lagi, segala apa dan niat Hafiz hanya Hafiz dan Allah sahaja yang tahu.

 

Baca : “Semua benda ko nak rakam” – Muat Naik Video Proses Kebumikan Sahabat Baik, Hafiz Mahamad Dikecam Tidak Hormat Jenazah?

Rakam

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.