“Apa kes lak ni?” – Penyokong Bola Sepak Penang & Kedah Buat Kecoh, Bergaduh Di Stesen Minyak

Meminati sukan dan menjadi penyokong tegar sesuatu pasukan bola sepak adalah sesuatu yang sihat, namun jika terlalu ikutkan emosi banyak padah yang menanti.
Terbaru, sebuah video tular memaparkan penyokong pasukan bola sepak Penang FC dan Kedah FC selepas perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dilihat bergaduh sesama sendiri di satu stesen minyak.
Video perkelahian itu dilihat amat membimbangkan kerana ia membabitkan individu yang sangat ramai.
Mosh pit dah ada dekat shell ke? pic.twitter.com/SER3qVgnQQ
— keem (@AkeemSharyzal) August 23, 2023
Menurut laporan Utusan Malaysia, insiden itu berlaku di luar pekarangan stadium sejurus perlawanan tamat, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan terdapat beberapa provokasi dari kedua-dua belah pihak sebelum insiden itu berakhir dengan pergaduhan.
Dalam laporan yang sama, difahamkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata tiga individu yang merupakan warga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Pihak polis juga akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kes tersebut dalam masa terdekat.
Sebagai info, insiden itu dikatakan tercetus susulan keputusan pengadil membatalkan gol kedua yang dijaringkan oleh kapten tuan rumah, Rafael Vitor pada minit ke-66 kerana ada kekasaran dalam kotak penalti.
Selain itu, pemain pertahanan tuan rumah, Muhammad Adib Abdul Ra’op dibuang padang pada minit ke-76 selepas menerima layangan kad kuning yang kedua juga dikatakan punca tercetusnya pergaduhan tersebut.
Baca: “Bila minta banyak alasan siap maki” – Pemain Bola Sepak Didakwa Liat Bayar Hutang?




