“Apa jadi?”- Netizen Terkejut Nampak Bekas Atlet Paralimpik Negara Kini Hanya Jual Tisu

Tambah ke Sumber Pilihan
“Apa jadi?”- Netizen Terkejut Nampak Bekas Atlet Paralimpik Negara Kini Hanya Jual Tisu

Rasanya kalau kita bercakap pasal sukan, mesti korang semua terbayang temasya sukan yang megah macam Olimpik, Paralimpik Sukan SEA, Piala Dunia  FIFA dan sebagainya lah! Kalau nak listkan satu-satu, banyak ni…

Dalam kita menghargai atlet-atlet yang dah banggakan nama negara di pentas dunia, ternyata terdapat segelintir kisah mereka yang meruntun jiwa namun tidak ramai yang tahu.


Seperti yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang pengguna media sosial itu meluahkan rasa terkejut dan kecewanya selepas pertemuannya dengan seorang bekas atlet paralimpik negara yang menjual tisu di sekitar Bukit Bintang.

Atlet paralimpik negara itu merupakan Koh Lee Peng, yang pernah mewakili Malaysia dalam acara renang. Beliau juga pernah membawa pulang tujuh pingat emas dan tiga perak di kejohanan Asean Para Games pada 2001 hingga 2005 serta pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik pada 2016.

“Dia kenalkan dirinya.. ‘Hi, saya Koh Lee Peng. Bekas atlet para Malaysia. Saya dari Pulau Pinang… ‘ Saya hampir menangis, taktahu apa yang ada dalam fikiran saya masa tu…”

Menurut Berita Harian, Koh Lee Peng memang sudah lama menjual tisu malah pernah dicemuh oleh orang ramai kerana membuat keputusan untuk berniaga kecil-kecilan walaupun statusnya sebagai atlet paralimpik negara yang telah banggakan negara.

Koh Lee PengSumber: Portal

Antara sebab utama bekas perenang para negara itu menjual tisu adalah kerana tidak mempunyai kerja selepas bersara dari dunia sukan dan juga ingin menambah sumber pendapatan untuk menanggung kos sara dirinya.

Min dengar Kok Lee Peng sendiri memang seronok berniaga… Katanya dapat hilangkan bosan dari takde buat apa-apa…

Baca: “Nak makan apa RM800 sebulan?” –  Atlet Olahraga ‘Geram’ Elaun Bulanan Dipotong

Untitled 2 10

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Apa jadi?”- Netizen Terkejut Nampak Bekas Atlet Paralimpik Negara Kini Hanya Jual Tisu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/apa-jadi-netizen-terkejut-nampak-bekas-atlet-paralimpik-negara-kini-hanya-jual-tisu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM