Tak sangka sampai begini sekali teruknya jika dipatuk ular. Kaki makin membengkak dan merebak sampai ke peha. Jangan main-main bila ternampak haiwan ini, silap-silap boleh membawa maut!
Lebih membimbangkan lagi, apabila ubat yang diberikan pun tak berkesan untuk menyekat bisa ular tu daripada merebak.
Anti venom yang di berikan gagal menyekat bisa
“Hati bapa mana tidak pilu, hati ibu mana tidak sayu bila melihat anak kesayangan mereka yang sebelum ini cukup ceria dan periang terlantar di katil wad Hospital Besar Taiping akibat di patuk ular Tedung Senduk. Perasaan bertambah hiba apabila anti venom yang di berikan gagal menyekat bisa ular itu,kaki adik kecil ini makin hitam dan bengkak makin naik ke atas peha.”
“Jagalah pemakanan yang betul jika tersalah makan….”
“Pada ibu muda banyaklah bersabar kerana Allah nak uji kita dengan berbagai bentuk dugaan yang berat. Ujian ini tidak sia sia pasti ada hikmah yang tersembunyi cuma kita tak tahu. Cik Umie pakcik akan bantu dari belakang kerana kes adik ini akan memakan masa yang panjang untuk sembuh. Jagalah pemakanan yang betul jika tersalah makan bisa ular akan aktif semula dan makin bengkak. Jangan makan semua jenis kacang, gubis,pulut,pisang,milo dan semua jenis makanan berangin.”
Dipatuk Ular Tedung Senduk
Malang tak berbau, apa yang terjadi kepada anak Mohd Rodzi Senawi ini patut dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati dan membuka mata kita untuk tahu betapa bahayanya Ular Tedung Senduk ni. Kesiannya bila admin tengok.
Baca : Sedihnya! Anjing Mati Kena Belit Ular Sawa 20 Kaki Sebab Nak Selamatkan Tuan