Kalau korang selalu pergi Singapura atau ada plan nak pergi ke sana, baca ni!
Penguatkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka akan melancarkan tiga bulan percubaan menggunakan kad ketibaan elektronik. Usaha itu sekaligus akan menggantikan kad disembarkation/embarkation sedia ada.
Kalau anda kurang pasti atau tidak tahu, pelancong asing perlu mengisi kad disembarkation/embarkation dalam bentuk kertas ketika tiba di Singapura. Kad itu menyimpan maklumat penting pelancong termasuklah penerbangan dan butiran penginapan.
Pihak ICA membuat keputusan untuk memperkenalkan kad ketibaan eletronik ini untuk mengurangkan kepayahan (pelancong) untuk mengisi borang di lapangan terbang.
Bagaimana sistem ini berfungsi?
- Pelancong perlu isi maklumat peribadi dan butiran pelancongan menerusi laman web ICA atau app di telefon bimbit sebelum tiba di Singapura.
- Semasa ketibaan, pelancong hanya perlu keluarkan pasport kepada pihak imigresen untuk kelulusan dan kad ketibaan elektronik akan ‘dipanggil’ oleh ICA.
Masih kurang jelas? Tengok gambar di bawah ni:
Pihak ICA akan mulakan percubaan selama 3 bulan terlebih dahulu dan usaha ini akan bermula pada hari ini, 4 Oktober 2018 sebelum sistem ini dilaksanakan sepenuhnya. Yela, sebelum terus laksanakan sistem baru mesti nak buat trial dulu untuk make sure benda ni smooth di masa akan datang…
Percubaan ini akan diuji di hampir semua pusat pemeriksaan udara, darat dan laut. Pusat pemeriksaan dimaksudkan adalah:
- Pusat pemeriksaan Woodlands
- Pusat pemeriksaan Tuas
- Lapangan Terbang Antarabangsa Changi
- Singapore Cruise Centre
- Terminal Feri Tanah Merah
- Terminal Feri Changi Point
- Terminal Feri Changi
Walau bagaimanapun, penduduk tetap Singapura dan pemegang pas jangka masa panjang (pelajar atau pekerja asing) yang pulang ke Singapura tidak terlibat dengan percubaan ini kerana mereka tak perlu hantar kad disembarkation/embarkation.
Inisiatif ini adalah langkah yang dilakukan ICA dalam mencapai visi mereka untuk kecekapan operasi yang lebih baik dan imigresen tanpa menggunakan kertas. Dalam masa setahun, dorang dapat jimat 48 juta kad disembarkation/embarkation yang menggunakan kertas. Wow banyak tu!
Harap usaha Singapura melaksanakan kad ketibaan eletronik ni akan berjaya. So, pelancong dah tak perlu susah dan kelam kabut nak cari pen sebab kena isi borang kan!
Baca: Kenali Halimah Yacob, Presiden Wanita Muslimah Pertama Singapura