in

Kenali Halimah Yacob, Presiden Wanita Muslimah Pertama Singapura

Halimah Yacob 0 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis ini, negara jiran kita Singapura bakal menerima presiden baru. Beliau, Halimah Yacob bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura yang ke-8 pada jam enam petang di Istana.


Menurut Channel News Asia, Halimah yang berusia 63 tahun merupakan calon tunggal yang layak untuk pilihanraya Presiden yang hanya dikhaskan buat orang Melayu.

Disebalik kontroversi hashtag #notmypresiden dari rakyat Singapura yang tidak menyetujui pencalonan Halimah dalam mengetepikan dua calon lelaki iaitu Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan, ramai yang tidak mengetahui latar belakang bakal presiden ini yang penuh dengan pancaroba.

Tlccwyyihwsqcq28Qoru
sumber: kumparan

Anak bongsu daripada lima adik beradik ini telah kehilangan ayah kandungnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika usia Halimah baru mencecah lapan tahun. Disebabkan kematian ayahnya, ibu Halimah terpaksa mencari nafkah dengan membantu di gerai makan pada waktu senja hingga lewat malam.

“Dari usia 10 tahun, waktu saya selepas sekolah diluangkan menjadi pembantu ibu dalam mengemas, membasuh, membersihkan meja dan melayan pelanggan, dan saya menjadi seorang yang lebih baik daripadanya.”

“Saya telah biasa menghadapi kepayahan dan saya tahu betapa lemahnya untuk bangkit melawan kesusahan, meletakkan makanan di atas meja dan bergelut dengan ketidakpastian akan masa hadapan hampir setiap hari,” kata Halimah di dalam laman web rasminya.

Dia juga pernah hampir-hampir dibuang sekolah ketika di Tahun 2, Singapore Chinese Girl’s School kerana kerap tidak hadir ke kelas.

“Itulah antara pengalaman terburuk dalam hidup saya. Tapi saya sering memberitahu diri, ‘Berhenti kasihankan diri sendiri, bangkit dan bergerak ke hadapan’.”  

27204750 03 03 2013 Dahalimahe
sumber: straits times

Betul kata Halimah tu! 

Halimah kemudian bersekolah di Tanjong Katong Girl’s School sebelum menamatkan pelajaran di Universiti Singapura dengan ijazah undang-undang. Dia kemudian mendapat ijazah sarjana dalam undang-undang di National University of Singapore.

Karier politik Halimah bermula pada tahun 1978 dengan National Trades Union Congress yang mana beliau menjawat pelbagai jawatan selama tiga dekad hingga akhirnya menjadi timbalan setiausaha agung pergerakan buruh.

Halimah
sumber: today

Dia kemudian memasuki dunia politik selepas mendapat saranan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong dan menjadi calon pilihan raya umum pada tahun 2001. 10 tahun kemudian, Halimah diberi portfolio untuk menjadi Menteri Negeri.

Sepanjang perjalanannya menjadi seorang ahli politik, Halimah telah berjuang untuk hak wanita, menyuarakan pendapat mengenai warga emas dan isu kesihatan mental, serta menjadi patron bagi persatuan Club HEAL dan PPIS (Persatuan Perempuan Islam Singapura).

Keputusannya untuk bertanding sebagai presiden bukanlah mudah. Isteri kepada Mohamed Abdullah dan ibu kepada lima orang anak ini telah mendapat sokongan kuat daripada keluarganya.

9 Things You Didnt Know About Halimah Yacob Our Potential First Female President
sumber: woman’s weekly

“Saya berjanji akan buat yang terbaik untuk rakyat Singapura dan ia takkan berubah sama ada pilihanraya ada ataupun tidak… Semangat dan komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura akan tetap kekal sama.” 

Halimah juga berkata, sebagai seorang Presiden, dia berharap rakyat Singapura akan terus bekerjasama dengannya dalam membentuk sebuah negara yang kuat. Salah satu daripada tugas seorang presiden ialah bertindak sebagai kuasa penyatu.

Halimah merupakan orang Melayu kedua selepas Yusof Ishak yang memimpin Singapura pada tahun 1965-1970.

Selamat maju jaya buat Halimah Yacob!

Baca: Dua Beradik Selesai Misi Cuci Masjid Seluruh Negara Tekad Mahu Cuci Masjid di Singapura

Cuci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.