“Anak syurga” – Netizen Sebak Tengok Lelaki Ini Bantu Anak Istimewa Balik Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semua orang mengimpikan kesempurnaan dalam hidup, tidak kiralah kesempurnan dari segi apa pun. Pernahkah kita terfikir kalau sesuatu benda yang tak berapa sempurna itu juga boleh memberi kesempurnaan kepada benda yang lain. Contohnya, jika kita ditakdirkan untuk memiliki seorang anak yang kurang upaya yang tak sempurna, mungkin ketidaksempurnaan itu lah yang membuatkan hidup kita sempurna.

Okey tanpa perlu memeningkan kepala korang lagi, admin nak share satu video yang viral gak ni. Seorang lelaki telah membantu seorang anak istimewa balik ke rumah lepas solat jumaat. Mungkin kita rasa benda ni biasa, tapi banyak gak hati hati netizen yang tersentuh dengan benda ni. Cuba korang tengok senditri video dekat bawah ni.

Sebak weh!

Begitulah ceritanya. Nak balik masjid tapi jalan sorang-sorang. Lepas tu takut kena hujan, sampai tutup mata. Innocent dan comel at the same time.

Itu lah bahaya weh biar dia jalan sorang-sorang. Nasib baik lah brader tu ada, selamat juga adik tu dari jadi apa-apa.

Comel weh. Tengok dia pun nampak happy je ada orang nak pimpin tangan balik ke rumah dengan selamat.

Betul, inilah yang admin cakap pasal kesempurnaan awal-awal tadi. Korang kalau tak faham tu buat-buat je lah faham.

 

Baca: “Anak OKU diseret, dipijak perut berkali-kali & dibiarkan mati kebuluran” – Peguam Kongsi Kisah Sedih Dari Mahkamah

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.