in

“Allah tahu bagaimana kami jaga mak” – Dituduh Sengaja Tinggalkan Emak di RNR, Anak Perjelas Kisah Sebenar!

Sayang Mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni viral kes seorang ibu tertinggal anaknya di RNR ketika kalut hendak pulang beraya, baru-baru ni, kecoh pulak kes anak tertinggal ibunya di RNR Bukit Besi.


Susulan daripada viralnya kisah tersebut, ramai yang mengecam keluarga mangsa sehingga ada yang menuduh kononnya si anak ni sengaja tinggalkan emaknya di kawasan Rawat dan Rehat tersebut. Adui kuat sangat membawang netizen ni… 

9 BULAN EMAK KANDUNG DLM PERUT..SELEPAS LAHIR EMAK TIDAK PERNAH LUPA JAGA ASUH BERI PENDIDIKAN HINGGA BERJAYA DALAM…

Posted by Bakram Hatib M on Sunday, June 9, 2019

 

Emak sebenarnya bukan ditinggalkan tapi… 

Menerusi perkongsian di Facebook anak mangsa, Batiah Mahadi menjelaskan bahawa abangnya bukan sengaja meninggalkan emak mereka di situ. Walhal sebenarnya ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta tanpa pengetahuan abangnya. 

Disebabkan abangnya dalam keadaan tak sihat dan mamai pada ketika itu, dia tak sedar yang emaknya sudah tiada di dalam kereta.

Emak

62422660 615087499006723 997123893816721408 N
sumber: facebook

 

“Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak” 

Tambah Batiah lagi, keluarganya memaafkan segala tohmahan yang mereka terima disebabkan kisah viral tu. Buat mereka yang tak tahu kisah sebenar, eloklah dengar cerita dua belah pihak. Keluarga mangsa pun tak jangka kejadian macam ni nak berlaku kan?

Sebak pulak min baca pengorbanan si abang yang dikatakan tinggal emaknya di RNR ni. 

Abang

35545485 10215275816861229 764551560767209472 N
sumber: facebook

Bagi korang yang kecam dan kutuk macam-macam kat keluarga ni, eloklah minta maaf. Benda dah nak jadi, bukannya mereka sengaja nak tinggalkan emaknya di situ. 

Baca: “Hilang mood raya aku” – Lelaki Luah Perasaan, Cermin Kereta Pecah ‘Dikerjakan’ Anak Tetamu

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.