in

“Alhamdulillah, Hafizh okay!” – Kemalangan Teruk Perlumbaan di Austria, Syukur Isteri Sahkan Hafizh Syahrin Selamat

Hapiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terselamat selepas terbabit dalam kemalangan yang mengerikan ketika di awal perlumbaan Grand Prix (GP) Austria.



Menurut Berita Harian, akibat daripada kemalangan tersebut, perlumbaan di Litar Red Bull-Ring Spielberg itu terpaksa dipendekkan kepada 13 pusingan. 

117888445 3618500404850100 8048885265631186236 N

Insiden berkenaan dikatakan berlaku apabila pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tak sedar akan kemalangan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team berkenaan.

Motosikal yang ditunggang Hafizh dapat dilihat berkecai dan pelumba tersebut melambung tinggi di udara.

117667853 3618501108183363 3238848754761289225 N

 

“Alhamdulillah, Hafizh okay” – Isteri 

Walau bagaimanapun, mujurlah Hafizh dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam-lebam di badan.

Isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf meluahkan rasa syukur selepas suaminya, Hafizh Syahrin disahkan selamat dan masih mampu memberikan senyuman, lapor Astro AWANI.

Suzana yang berkongsi berita itu di Instagram memaparkan keadaan pelumba negara tersebut dalam keadaan baik sambil menunjukkan isyarat bagus ketika terlantar di atas katil hospital.

Hafizh juga dilihat sudah boleh bangkit berjalan walaupun perlahan dan menggunakan tongkat untuk bergerak.

Syukurlah pelumba negara dalam keadaan baik. Marilah kita doakan semoga dia cepat sembuh seperti sediakala. Amin! 

Baca: “Teranu ori boh!” – Pelumba Terengganu Cycling Team Dapat Pujian Netizen, Fasih Bertutur English Walaupun Ada Slang ‘Ganu’

Teranu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.