in

“Ala-ala menipu je” – Supermarket Terkenal Malaysia Cuba Pedajal Pembeli Dengan Iklan Harga Promosi?

Giant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Strategi pemasaran memainkan peranan penting untuk melariskan perniagaan mereka, tapi kalau nak ‘pusing-pusing ayat’ atau info itu janganlah sampai lari dari konteks asal, pendek kata menipu.


Ada satu pasaraya terkenal ni difahamkan cuba ‘kenakan’ pembeli dan Farahin Aisya merupakan salah satu mangsanya.

 

Tanya cashier yang bertugas jawab…

64322201 378100569720021 1950471904699613184 N

Pasaraya ‘besar’ cawangan Terengganu ini meletakkan harga promosi pada satu karton minuman, tertarik dengan harga yang ditawarkan Farahin pun beli.

Ya lah, harga kita kan suka harga-harga promosi ni, tapi bagi pihak premis kalau nak iklankan info tu mesti lah kena disampaikan dengan jelas, walaupun ditulis dengan tulisan kecil sekalipun.

Gaya ini seolah-oleh macam nak umpan pembeli je, korang baca ni.

“Menatang kera sunguh g**** wat kije..tulis promosi rm29.94 sen sekarton..aku ambik 4 carton siap beratur nk byar..trrime bil 4 carton rm168..tanye casher btugas wape rm168..kn promosi 29.94 sen sekarton..ye jwb promosi sampai kol 3 jer..promosi ala2 nk menipu jer.”

 

Saman ke hal ehwal pengguna – Netizen

Aduan yang ditujukan dalam satu komuniti untuk warga Terengganu di Facebook ini telah mengundang kemarahan mereka kerana dianggap telah menganiaya pengguna.

Complain Complain2 Complain3 Complain4 Complain5

Tapi ada juga yang pesan dan menegurnya agar gunakan cara yang lebih elok iaitu kemukakan aduan ini kepada pihak pengurusan mereka. Kalau diaorang dengar lah..Eh!

Hrmm, apa pun berilah info yang jelas supaya tidak menganiaya orang. Apa pun masih belum tahu lagi hujung pangkalnya. Andaikata ia menjadi satu isu serius tunggulah respon daripada pihak pengurusan.

 

Baca : “Harga promosi lain, bila bayar di kaunter harga lain”- Wanita Dedah Taktik Licik Pasaraya Terkemuka

Promosi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.