Viral! di media sosial baru-baru ini, seorang Ustaz Darussyifa’ di tampar dan di cekik oleh pesakit yang di rasuk ketika itu, namun netizen sebaliknya terhibur dengan situasi tersebut. Apa yang kelakar, macam sakit je?
Video ustaz itu ditampar dan dicekik telah dimuatnaik oleh Farinaraxak di twitter dan tanpa disangka-sangka ia menjadi viral sehingga mendapat 317.3K tontonan.
Namun apa yang menjadi perhatian mereka, bukanlah video tersebut, sebaliknya caption ‘win’ Ustaz Norazi Medzlan yang merawat pesakit tersebut.
korang tengok sendiri video ni, memang kasihan bila mula baca caption ustaz ni min pun boleh tergelak.
Aku mula mula tengok video ni aku macam kesian wey sekali baca caption ustaz ni tergelak aku wey? pic.twitter.com/KtTSZexZOu
— killuke ?? (@farinaraxak) May 4, 2020
Sebelum kejadian ustaz tersebut baru sahaja melafazkan ‘Astaghfirullah Hal Azim’ sambil mengenakan sarung tangan sebelum pesakit wanita itu bangun terus tampar dan cekik ustaz tu.
Difahamkan, video ustaz tersebut sehingga kini sudah mencapai lebih 300k tontonan dan kejadian ini dilaporkan berlaku di Pusat Rawatan As-Syifa Annur, Jengka, Pahang.
Lihat pada ruangan komen rata-rata netizen berdekah bila melihat video dan caption ustaz berkenaan. Allahu…sabar je lah.
Caption ustaz tu tak jadi mood seram
Ustaznya comel sangat, geram setan tu tengok