in

“Bukan marketing or joke” – Akui Lemah Semangat Pemuda Jelaskan Situasi Sebenar Dirasuk Lepas Tonton Filem Makmum

Rasuk4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bukan marketing or joke" - Akui Lemah Semangat Pemuda Jelaskan Situasi Sebenar Dirasuk Lepas Tonton Filem Makmum
Loading
/

Semenjak Makmum The Movie baru sahaja di tayangkan, ramai yang beri reaksi bahawa mereka gerun menonton filem tersebut ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.


Malah ada juga yang telah ‘diganggu’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

 

Ini yang terjadi selepas kitaorang balik daripada tengok Makmum”

Ada seorang pengguna Twitter memuat naik video berdurasi 1 minit 17 saat,memaparkan dia serta rakan-rakannya di dalam kereta dalam perjalanan pulang selepas habis menonton filem Makmum.

Mereka berbual-bual mengenai pengalaman menonton filem tersebut, tetapi keadaan menjadi tegang bila salah orang daripada mereka tiba-tiba dirasuk dan terus muntah. Suara pun jadi berubah.

Ada yang rasa seram dan ada juga yang mengecam kerana filem tersebut tak best mana. Bahkan ramai juga anggap ia hanya sekadar lakonan dan strategi pemasaran untuk mempromosikan filem tersebut selepas mereka melihat video yang meraih 24,000 jumlah retweets tu.

Disebabkan itu, tuan empunya badan yang ‘diganggu’ tampil memberikan penjelasan, dia juga menafikan dakwaan netizen itu dan menjelaskan situasi sebenar.

 

Lepas tengok cerita Makmum everything fine cuma…”

Menurut Fayyan, dia seorang yang lemah semangat dia seringkali ‘kena kacau’ dengan ‘benda’ tu. Dakwaan yang mengatakan dia dirasuk pasal filem Makmum tu tidak tepat.

Sebaliknya ada rakan-rakannya yang mengusik dengan menyanyikan lagu ulik mayang. Ini kerana, dia pernah dirasuk ketika menyertai program PLKN disebabkan lagu tu.

Tambahnya lagi, rakaman video itu hanya sekadar rakaman suka-suka untuk dihantar ke group whatsapp tapi tak dapat nak jangka perkara ini boleh berlaku. Baca penjelasan dia ni.

Makmum

Tambahnya lagi, kejadian ini bukan lah kali pertama menimpa dirinya.

 

Aku dah suruh diam sebab aku rasa sesuatu tapi memasing tak dapat nak tangkap”

Makmum2

 

Aku menari macam wanita dalam klip ni” 

https://twitter.com/FayyanFreaks/status/1163072951077367809?s=20

Dalam pada itu Fayyan juga menceritakan pengalamannya yang kerap kena histeria, dia pernah alami situasi apabila dia disantau oleh kenalan sendiri.

“Sepanjang aku hidup banyak kali jugak aku kena histeria tapi benda yang tak boleh lupa bila kenalan sendiri hantar santau banyak terjadi , Siapa yang rapat tahu la life family aku dulu macam mana, but Allah tu maha besar dia sentiasa tolong hambanya.”

Jadi, ia bukanlah disebabkan filem Makmum, tapi hanya usikkan kawan sahaja. Dakwaan yang mengatakan dia dirasuk disebabkan filem Makmum itu tidak benar sama sekali.

 

Baca : “Baik aku bunuh dia kalau aku tak dapat!” – Ibu Aliff Syukri Dirasuk 6 Jin Dari Gunung Berusia 175 Tahun

Ibualif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.