“Aku tak kuat do” – Gara-gara Isu Agama BTS, Ramai Putus Kawan, Ada Juga Kena Buang Keluarga?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Aku tak kuat do” – Gara-gara Isu Agama BTS, Ramai Putus Kawan, Ada Juga Kena Buang Keluarga?

Baru-baru ini viral isu pasal ‘agama BTS’ yang kononnya diwujudkan daripada peminat kumpulan K-pop dari Indonesia dan Malaysia. ‘Agama’ itu diwujudkan menerusi group Telegram yang mempunyai ahli daripada dua buah negara itu.

Pada awalnya ramai yang kecam peminat kumpulan K-pop ini atau mereka lebih dikenali sebagai Army.


Namun, setelah diteliti rupa-rupanya group itu sengaja ditubuhkan oleh haters BTS untuk memburukkan Army.

Ekoran daripada itu, Army Malaysia menunjukkan rasa tak puas hati dengan individu yang sanggup memfitnah mereka murtad dan mempermainkan agama. Ye lah, sape tak marah kena fitnah sampai macam tu sekali. 

ArmySumber: Twitter

Hal ini juga bukan menjadi impak kepada Army yang beragama Islam malah Army daripada non-muslim juga turut terkesan dengan isu ini.

Army2Sumber: Twitter

Army4Sumber: Twitter

Ramai diantara Army Malaysia berkongsi perasaan sedih di Twitter sebab ramai yang menganggap mereka murtad. Katanya, ada yang sampai kena buang keluarga ?

Army 7Sumber: Twitter

Ada juga yang sampai putus kawan sebab diorang ingat kawan diorang yang Army ni terlibat dalam isu ni.

Army3Sumber: Twitter

Ada juga disuruh mengucap semula risau betul-betul jatuh murtad.

Army5Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, koleksi barang-barang yang dibeli guna duit sendiri juga dibuang dan dibakar.

Army6Sumber: Twitter

Dalam pada itu, isu ini menjadi trending di Twitter, #StayStrongMYArmy dan berharap agar semuanya dapat terima apa yang berlaku.

BtsSumber: Twitter

Tak salah kalau nak minat selebriti mana sekalipun. Kalau tak gemar, tak perlu sampai memfitnah, akibatnya orang lain yang akan terima kesan contohnya macam ni.

Baca : “Remuk hati tengok dia nangis” – Peminat BTS Sedih Tengok Penyanyi Kesayangan Kecewa Sebab Konsert Batal Akibat Covid-19

Btss

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fadilah Rofiie
Lagi tulisan Fadilah
Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Aku tak kuat do” – Gara-gara Isu Agama BTS, Ramai Putus Kawan, Ada Juga Kena Buang Keluarga?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aku-tak-kuat-do-gara-gara-isu-agama-bts-ramai-putus-kawan-ada-juga-kena-buang-keluarga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM