“Aku Tahu Sebab Aku Rampas Phone Bini Aku”- Isteri Kantoi Curang, Suami Bengang Sampai Viralkan Di Twitter

Hmm.. Banyak lagi rupanya kes curang-curang ni kan? Dah kahwin pun masih lagi nak curang, tapi pokok takkan bergoyang kalau tiada angin…

Viral di Twitter, seorang suami bengang apabila dia mengetahui isterinya chat dan video call bersama lelaki lain. Katanya lelaki (orang ketiga) tu cuba nak rosakkan rumah tangga dia.

Kantoi chat dan video call

Dia dapat tahu pun sebab dia rampas telefon  bini dia dan paling tak disangka-sangka yang bukan sekadar chat, tapi siap video call bagai. Terkejut Si Suami!

Disebabkan bengang, Si Suami mula viralkan di Twitter dan siap sebarkan gambar screenshot yang tertera nombor telefon lelaki tu. Bukan nombor je, siap gambar dan akaun Twitter. Hmm…


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Tapi bila si suami mula viralkan di Twitter, ini pula kata dan komen dari netizen…


Sumber: Twitter

Kata netizen, benda curang macam ni tak akan berlaku kalau Si Isteri tak melayan. Hmm.. Betul juga ye?

Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Berbincang secara tertutup

Ada juga yang tak setuju dengan tindakan Si Suami. Patutnya hal rumah tangga macam ni kena berbincang suami isteri. Bukannya dengan cara terus menyerang pihak ketiga. Yela sesetengah orang mungkin tak dapat nak kawal perasaan dan pasti akan bertindak melulu. Hmm, betul juga kata netizen ni.

 


Sumber: Twitter

Ada juga yang share pengalaman dan nasihat. Harap-harap kes rumah tangga macam ni dapat la diselesaikan cara elok. Moga tabah bro dan terima kasih dekat netizen yang bagi nasihat dan bukan asyik menghentam. Peace yo! 

Baca: Demi Nak Curang, Suami Sanggup Cekik Isteri Hamil Sampai Mati dan Bunuh Dua Anak Perempuan

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.