in

“Aku ingat dah matikan suis” – [VIDEO] Gelabah Nak Keluar, Gadis ‘Tak Perasan’ Terletak Seterika Panas Atas Laptop

Fi Seterika Atas Laptopp E1629972055990

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai perasan, kadang-kadang kita ni dengan sikap cuai memang susah nak dipisahkan. Paling senang dijadikan contoh, kita mesti pernah cari satu barang tu padahal baru je beberapa saat lepas kita pegang.


Satu lagi perkara paling selalu terjadi, bila nak keluar rumah saja ada lagi benda tertinggal walaupun dah periksa banyak kali. Tapi tu okay lagi berbanding kisah seorang gadis ni, disebabkan ‘tak perasan’ habis rosak barang berharga miliknya.

 

Lupa matikan plug

Baru saja sejak beberapa hari lepas, viral video tentang seorang gadis di Indonesia ini di mana barang peribadinya rosak akibat kecuaian diri sendiri.

Menerusi perkongsian oleh @sasisye ini, dia menunjukkan keadaan laptopnya yang rosak selepas dia lupa untuk matikan suis seterika dan letak di atas laptop tersebut.

@sasisye

Gosok di laptop check ✅ #fyp

♬ Bodoh – Version 1 – Gilbert Lumoindong

 

Hidupkan suis masa nak keluar

Menurut Sye, dia tengah menggosok baju di atas tilamnya sambil berborak dengan kawan-kawannya yang ada bersama. Lepas dah selesai, dia letak seterika tersebut secara mendatar atas meja kecil yang ada kain di atasnya. Tapi dia pula tak perasan, sebenarnya ada laptop yang tertutup dengan kain tu.

Sewaktu Sye terburu-buru nak keluar dengan kawan-kawannya, dia tak sedar sebenarnya dia terhidupkan suis seterika tu sendiri. Jadinya, seterika tu hidup saja sepanjang dia tiada di rumah.

@sasisye

Reply to @sasisye #fyp#xyzbca

♬ original sound – Sye – Sye

 

Hidu bau hangit.. Laptop berasap

Selepas dia pulang ke rumah, Sye terhidup bau hangit dan rupanya datang daripada biliknya sendiri.

Setelah diperiksa, dia baru perasan yang seterika tadi masih hidup dan tersedar ada laptop yang dah berasap di bawah seterika yang tertutup dengan kain itu.

Bila dilihat keadaan laptop dia itu, ternampak ada kesan seterika di bahagian luaran dan suisnya juga tak boleh dimatikan lagi.

@sasisye

Reply to @nafidala #fyp

♬ original sound – Sye – Sye

Bahaya betullah situasi macam ni. Min nak ingatkan, korang semua janganlah terburu-buru bila nak keluar dari rumah tu. Nasib baik laptop gadis ni berasap je, kalau terbakar bilik dia? Renung-renungkan…

 

Baca : Bersembang Punya Pasal, 95 Buah Rumah Di Indonesia Terbakar Gara-gara Lupa Nak Tutup Dapur Gas

Foot Seterika Atas Laptop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.