Aktivis & Pelukis Fahmi Reza Kecewa Tidak Dibenarkan Keluar Negara

Tambah ke Sumber Pilihan
Fahmi Reza

Aktivis dan pelukis satira terkenal, Fahmi Reza sekali lagi menjadi mangsa sekatan, kali ini bukan hanya negeri, tapi sempadan negara. Semalam, beliau dilarang meninggalkan Malaysia ketika cuba menaiki penerbangan ke Singapura, dalam insiden yang dilihat semakin mencerminkan tekanan terhadap suara seni yang kritikal.

Memetik laporan Malay Mail, Fahmi berkongsi di media sosial bahawa beliau tiba di KLIA2 sekitar jam 7.30 pagi untuk menaiki penerbangan jam 9.35 pagi ke Singapura untuk menghadiri konsert band Korea Selatan, Slant, dan kumpulan punk Singapura, Sial. Namun, hasratnya itu bertukar menjadi satu lagi episod drama birokrasi.


Screenshot 2025 06 08 At 10.53.01 Am

Artikel berkaitan: Fahmi Reza Lukis Kartun Satira Wajah Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Ini Respon Mohamad Sabu

Artikel berkaitan: Baru Tiba Di ‘Airport’, Fahmi Reza Dakwa Kena Halang Masuk Sabah

Ketika melalui kaunter pelepasan antarabangsa, Fahmi dihentikan pegawai Imigresen yang memaklumkan beliau telah “ditandakan” dan diarahkan ke pejabat mereka.

Di sana, pasport dan MyKad beliau difotokopi, dan pegawai turut meminta cetakan fizikal tiket dan boarding pass, walaupun sudah ada salinan digital.

Dalam keadaan kelam-kabut, seorang staf lapangan terbang membantu mencetak dokumen berkenaan di sebuah hotel berhampiran. Tetapi ketika kembali, mesej dari pegawai Imigresen amat jelas: “Bukit Aman tidak memberikan kebenaran untuk awak keluar negara.”

Tanpa sebarang justifikasi bertulis, Fahmi diiring keluar dari kawasan pelepasan antarabangsa.

Minggu lepas, Sabah halau saya. Minggu ini, negara sendiri halang saya keluar”

Ini bukan kali pertama Fahmi disekat. Dua minggu lalu, pada 29 Mei, beliau dihalang masuk ke Sabah dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur tanpa penjelasan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Aktivis & Pelukis Fahmi Reza Kecewa Tidak Dibenarkan Keluar Negara
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aktivis-pelukis-fahmi-reza-kecewa-tidak-dibenarkan-keluar-negara/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM