in

Akhirnya Kau Pergi Jua…

Page Baby 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi kes bayi yang baru lahir dijumpai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Kajang? Sebelum ini bayi tersebut dilaporkan selamat tapi malangnya bayi kecil itu telah disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.


A2 1
sumber: harian metro

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pihaknya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya di Hospital Kajang mengenai kematian bayi berkenaan.

“Akibat kecederaan parah dialami, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada 4.53 pagi Sabtu lalu ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit.”

Suspek yang juga ibu kepada mangsa sudah pun dituduh di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai lalu mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap bayi dan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi masih hidup.

A1 1
sumber: facebook

“Bagaimanapun, kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pindaan tuduhan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas bayi berkenaan meninggal dunia sehari selepas dia dituduh di mahkamah.”

Bayi lelaki tersebut dilaporkan dicampak oleh pekerja wanita warga Indonesia dari tingkap bilik air di tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang pada 24 Jun lalu.

Walaupun sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, bayi tersebut kembali kritikal dan diletakkan di dalam inkubator kerana belum sedarkan diri di ICU Hospital Kajang.

A3 1
sumber: facebook

Dikatakan bayi tersebut banyak mendapat bantuan dan sumbangan selepas dilaporkan dicampak dari tingkat atas, namun, malangnya hayat bayi itu tidak panjang.

Kesian baby tu tak dapat melihat dunia. Semoga ibunya mendapat hukuman yang setimpal.

Baca: “Aku doa kau mati ke tali gantung!”

Baaaby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.