in

Akaun IG Dolla Kini Kosong & Gambar Profil Bertukar Hitam, Petanda Album Baru Atau Ada Isu Lain?

Syaz Ft 2026 07 16T170157.945

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan pop sensasi tanah air, Dolla sekali lagi mencuri perhatian netizen dan peminat tegar mereka (iDolla) selepas akaun Instagram rasmi kumpulan tersebut tiba-tiba bertukar ‘wajah’.

Hasil tinjauan di akaun Instagram @dolla.official, kelihatan kesemua hantaran gambar dan video yang pernah dimuat naik sebelum ini telah dipadam sepenuhnya, meninggalkan ruangan profil menjadi kosong tanpa sebarang hantaran (No posts yet).


Bukan itu sahaja, gambar profil (profile picture) akaun berkenaan turut ditukar kepada warna hitam gelap, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan peminat.

Artikel berkaitan: Dikritik Tidak Sesuai Untuk Penonton Tempatan, Universal Music Malaysia Bawa Turun Video Muzik Question Dolla

Artikel berkaitan: Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ Yang Dijadualkan Berlangsung 6 Disember Ini Dibatalkan

Cats 16

Strategi Gimik Album Baru Atau Ada Isu Lain?

Tindakan drastik ini dengan pantas menjadi bahan perbualan hangat di pelbagai platform media sosial. Rata-rata peminat mula membuat spekulasi sama ada ini merupakan salah satu strategi pemasaran (gimmick) bagi melancarkan lagu atau album baharu, ataupun petanda ada sesuatu yang berlaku.

1 2

Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan mahupun ahli kumpulan Dolla sendiri, senario ‘padam semua post’ seperti ini bukanlah perkara asing dalam industri muzik global. Ramai artis antarabangsa pernah menggunakan taktik sama sebelum membuat kemunculan semula (comeback) secara besar-besaran.

Sebagai info, Dolla secara rasmi debut pada tahun 2020 dengan lagu pertamanya, Dolla Make You Wanna dan dianggotai oleh Syasya, Tabby, Angel dan Sabronzo. Pun begitu, pada tahun 2024, Syasya, mengumumkan pengunduran dari kumpulan tersebut.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.