in

Ahli Politik Sarat Mengandung Ke Hospital Naik Basikal, Selamat Lahirkan Anak Sejam Kemudian

3Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya seorang ibu yang sedang sarat mengandung akan diberikan perhatian yang sangat banyak. Segala gerak gerinya dibantu supaya memudahkan urusan sehari-harian.


Lain pulak dengan seorang ahli politik dari New Zealand yang sedang sarat mengandung ini. Julie Anne Genter, ahli parlimen New Zealand telah menaiki basikal dalam keadaan yang sangat sarat mengandung untuk ke hospital.Screenshot 2021 11 28 At 2.50.49 Pm

Yang lebih mengejutkan, beliau memang dalam proses melahirkan anak dan berjaya melahirkan anaknya kira-kira satu jam selepas tiba di hospital.

Genter yang mulanya merasa contraction sekitar jam 2 pagi bercadang untuk ke hospital. Namun contraction yang dialami beliau tidak sangat ketara walaupun berulang setiap 2 ke 3 minit.

Screenshot 2021 11 28 At 2.52.29 Pm

Memetik laporan NZ Heraldcontraction beliau mula memuncak selepas 10 minit beliau tiba di hospital.

Screenshot 2021 11 28 At 2.52.41 Pm

Pada jam 3.04 pagi, Genter selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bercakap mengenai kejadian berbasikal ke hospital itu, Genter pada mulanya tidak berhasrat untuk menaiki basikal ke sana, namun beliau memilih untuk berbuat demikian pada akhirnya.

 

Baca: “Ada 2 nyawa ni” – Netizen Takut Tengok Cyclist Dikatakan Bawa Anak ‘Round Bandar’ Masa Cuaca Panas

Screenshot 2021 11 28 At 2.53.59 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.