in

Agong Setuju Bank Beri Moratorium Automatik Untuk B40 & M40 – Lim Guan Eng

Ft Limoratorium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dua hari lepas adalah tentang masalah kewangan dihadapi rakyat.


Menurut Malaysiakini, Lim mendakwa Sultan Abdullah bersetuju agar lebih banyak bantuan kewangan diberikan kepada golongan tertentu bagi meneruskan kehidupan seharian.

(Ketika itu) saya telah membangkitkan masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat biasa yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.”

Agong setuju dengan moratorium automatik pinjaman bank (kecuali kumpulan T20) tanpa menyebut tempoh tertentu dan lebih banyak bantuan kewangan untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan.”

Lim

Ketika ini, bank memberikan pilihan moratorium pinjaman selama tiga bulan atau pengurangan pembayaran balik sebanyak 50 peratus selama enam bulan kepada:

  • Golongan B40
  • Mereka yang kehilangan pekerjaan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak beroperasi semasa total lockdown

Bagaimanapun, ia bukanlah diberikan secara automatik dan peminjam  perlu membuat permohonan untuk mendapatkannya. Kata bekas Menteri Kewangan itu lagi, dalam moratorium untuk B40 ketika ini menyebabkan hutang terkumpul menjadi lebih tinggi kerana bank hanya menangguhkan pembayaran pinjaman tanpa mengetepikan kadar faedah.

Bnm1

Sebelum ini, beliau menyangkal kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak boleh memaksa bank melanjutkan moratorium automatik kepada golongan B40. Lim turut membangkitkan kenyataan Persatuan PKS Malaysia bahawa sekurang-kurangnya 50,000 PKS berisiko gulung tikar sekiranya sekatan pergerakan pada masa ini berterusan selama 4 minggu lagi.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lupa bahawa kuasa darurat boleh digunakan demi kepentingan nasional buat masa ini untuk memaksa pihak bank tanpa sebarang kos kepada kerajaan.”

Baca: “Saya minta Agong untuk tak sambung darurat” – Zahid Hamidi

Fi Zh

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.