“Agak sikit ya!” – Masuk Pertandingan Menyanyi, Ryan Bakery Nafi Jadi Perosak Industri Muzik

Tambah ke Sumber Pilihan
“Agak sikit ya!” – Masuk Pertandingan Menyanyi, Ryan Bakery Nafi Jadi Perosak Industri Muzik

Baru-baru ini, media melaporkan ada penyanyi meluahkan kekecewaan terhadap industri muzik tanah air apabila terdapat beberapa pihak mengangkat influencer media sosial yang menceburi bidang tersebut.

Kata penyanyi itu, ia tidak adil memandangkan dia sendiri tidak melalui jalan mudah bergelar penyanyi.


Artikel berkaitan: “Mereka yang terasa” – Buat Video Jaga Kaunter Klinik, Ryan Bakery Nafi Sindir Staf Kesihatan

Artikel berkaitan: “Menjadi salah satu sebab saya berjaya” – Ryan Bakery Kenang Jasa Isteri Masa Susah

Bagaimanapun pencipta kandungan popular, Ryan Bakery yang menyertai program realiti Famili Duo musim baharu bersama adiknya, Adam Bakery berkata tidak gentar dengan tanggapan golongan influencer yang melibatkan diri dalam bidang nyanyian sebagai perosak industri muzik.

Screenshot 2023 10 04 175300

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, sebaliknya berkata, perkara itu adalah satu bentuk rezeki dan berharap artis-artis sedia ada mampu menerima kehadiran influencer jika mereka memang berbakat.

“Saya tak takut sebab bagi saya itu pendapat diutarakan itu mungkin ditujukan pada influencer yang tiada bakat, tapi kalau boleh menyanyi takkan tidak boleh bagi peluang?

“Sama juga macam artis lain, ada juga guna platform media sosial untuk buat content, jadi kenapa kami tak boleh nak cuba benda baru.

“Itu semua rezeki, berilah ruang kalau seseorang itu ada kualiti untuk mencuba,” katanya.

Menurut Ryan, pada asalnya mereka hanya sekadar mahu mencuba dan tidak menyangka akan berentap dengan selebriti ternama. Namun, itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk meneruskan pertandingan.

“Kita bukanlah nak merosakkan industri muzik, tetapi kita hanya mahu mewarnai saja,” ujarnya.

Sebelum menyertai Famili Duo, TikToker itu berkata sudah pun membuat persediaan dengan menyertai kelas vokal.

Apapun, yang penting mereka yang berbakat diangkat dan dinilai selayaknya…

Sumber: mStar, Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Agak sikit ya!” – Masuk Pertandingan Menyanyi, Ryan Bakery Nafi Jadi Perosak Industri Muzik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/agak-sikit-ya-masuk-pertandingan-menyanyi-ryan-bakery-nafi-jadi-perosak-industri-muzik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM