in

5 ‘Sisi Gelap’ Influencer Yang Ramai Tak Fikir Sebelum Jadi Viral, Betul Ke?

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan sosial media yang ada di dalam talian sekarang ni, memang tak hairan bila kita tengok ramai pelajar-pelajar sekolah yang dah tak kisah tentang pelajaran dorang kerana sering disogokkan dengan kejayaan dan kekayaan pempengaruh media sosial.

Memang tak dinafikan, bagi influencer yang dah terkenal terutamanya di Malaysia, kita boleh tengok macam mana senangnya kehidupan mereka berbanding ketika awal-awal menceburkan diri di media sosial. Tengok je lah Khairul Aming yang kini telah pun memiliki empayar bernilai jutaan ringgit dan Ryan Bakery yang kini memiliki kehidupan yang agak mewah.


Disebalik populariti dan wang ringgit yang boleh kita dapat dari menjadi seorang influencer ni, ramai yang tak sedar dengan sisi gelap mereka. Hakikatnya, apa yang dikongsikan oleh pempengaruh-pempengaruh yang kita suka ni bukanlah realiti sebenar kehidupan mereka…

Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’, Pesanan Khairul Aming Buat Anak Muda Dipuji Ramai!

 

Artikel berkaitan: “This is too much” – Nadia Brian Bengang Ditengking ‘Influencer’ Demi ‘Content’

1. Susah nak cari content

1 Ryan Bakery Champion Digital Creative Content Creator2

Untuk menjadi influencer bukanlah benda yang mudah. Ada yang dah cuba buat pelbagai cara nak buatkan orang suka tengok perkara yang dikongsikan namun tidak membuahkan hasil. Tapi ada juga yang jadi popular dalam sekelip mata kerana benda yang tak disengajakan.

Namun begitu, sebagai pempengaruh, dorang perlu berterusan membuat content dan perlu sentiasa memikirkan cara bagi mengekalkan populariti mereka kerana pendapatan mereka bergantung kepada content yang dihasilkan.

Selain itu, dorang juga perlu memikirkan cara bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk dan sekaligus pengaruh orang lain untuk beli produk tersebut. Kalau tak ada hasil yang terjual lepas promote, mesti tak ada orang nak bayar dah untuk promosi barang kan?

Kadang-kadang tu, ada juga yang perlu sentiasa up-to-date dengan isu semasa dan pastikan dorang dokumentasikan semua benda sehinggakan tak ada masa nak menghargai sesuatu perkara yang sedang berlaku kerana semuanya content, content, content.

2. Kena perfect sepanjang masa

E79E5458 2Bab 436E 9Ce5 B4C9C0127994

Apabila kita mendedahkan diri kita kepada umum, kita secara tak langsung akan menetapkan satu standard yang kita sendiri perlu patuhi sebelum memuat naik sesuatu benda.

Ada yang mementingkan penampilan mereka, ada yang fikirkan penerimaan orang dan ada juga yang perlu kekalkan konsep yang ditunjukkan kepada orang.

Disebabkan ini, ramai influencer yang ambil masa yang lama sebelum memuat naik sesuatu di media sosial kerana semuanya perlu perfect dan pada masa yang sama diterima oleh orang ramai.

Perasaan untuk membuat satu content yang sempurna itu sendiri akan menyebabkan ramai influencer-influencer penat sama ada dari segi mental mahu pun fizikal.

Yelah, kalau seseorang pempengaruh itu dikenali dengan penampilan dorang, bayangkan macam mana susahnya untuk sentiasa jadi cantik sepanjang masa sehinggakan ada yang takut nak keluar rumah tanpa bersiap bersungguh-sungguh.

3. Kena kejar benda baru

Algorithm Piece Graphic

Menjadi seorang influencer dan untuk terus kekal relevan, seseorang itu perlu sentiasa mengikut trend baru. Ini kerana, algoritma yang diciptakan oleh platform media sosial kebanyakannya mengikut benda-benda yang trending.

Jadi, untuk terus kekal relevan, kebanyakan pempengaruh ini perlu tahu apa yang sedang hangat dan perlu sentiasa berfikiran terbuka. Contohnya, sebelum ni kena menari ikut tarian dan lagu-lagu yang popular lepastu tiba-tiba trending pula benda lain bila orang mahukan content yang kreatif.

Tak cukup dengan itu, dorang juga perlu biasakan diri dengan perubahan-perubahan di media sosial dan bersaing dengan influencer lain tapi pada masa yang sama tetap kena pastikan pengikut-pengikut dapat apa yang dorang suka supaya tak hilang followers.

Ia merupakan kitaran yang berterusan dan berlaku dekat mana-mana platform media sosial.

4. Tak cukup rehat

Influencers Sick Of Influencing 2022 652X342 1

Bekerja sebagai seorang influencer atau content creator, bukanlah seperti kerja di pejabat yang buatkan korang boleh mula kerja pukul 9 dan habis pukul 5. Ini kerana, sebagai pempengaruh, korang perlu pastikan content korang dapat keluar seperti yang dijanjikan.

Selain itu, korang juga akan dapat banyak jemputan ke dan bila ke sana, korang tak boleh pun nak enjoy sangat sebab kebanyakan masa korang kena rakam apa yang berlaku dan bila balik rumah pula korang kena edit dan teliti balik content sebelum dimuat naik ke media sosial.

Boleh dikatakan, kehidupan sebagai seorang content creator ini adalah bekerja 24/7. Kalau korang tak sibuk uruskan content, korang kena sibuk pula fikir content seterusnya.

Akhir sekali, korang pun penat, tak cukup tidur, masa dengan orang sekeliling tak ada dan ia akan memberi kesan yang drastik terhadap hubungan dan kehidupan korang di alam realiti.

5. Kena kecam

20220321 Dsv1 Seo

Suka atau pun tidak, menjadi orang yang terkenal akan buatkan diri korang terdedah dengan kecaman. Realitinya, walaupun ada seribu orang yang sukakan korang, akan ada juga orang yang tak suka dengan korang.

Contohnya, kalau korang memang tak kongsi pun kehidupan peribadi tapi bila ada orang buat keputusan untuk kecam korang, semua perkara peribadi kehidupan akan didedahkan.

Bukan tu je, korang juga kena sentiasa berhati-hati dengan perlakuan kerana kalau tersilap langkah sikit pun, ia boleh menyebabkan kerjaya korang sebagai seorang pempengaruh terkubur.

Korang juga perlu bersedia untuk kuatkan mental dan terima kecaman orang kerana ada netizen yang sengaja akan sebar kebencian dan kritik apa sahaja yang tak boleh diterima oleh mereka.

Tapi ada juga influencer yang mengambil jalan untuk dikecam dan jadikan itu populariti mereka. Tapi sampai bila je seseorang tu boleh pejamkan mata dan pekakkan telinga?

Nak buat orang suka kita bukannya senang, tapi nak buat orang benci sekelip mata je.

Sumber: Medium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.