in ,

“Agak-agaklah woi!” – Cafe Thailand ‘Gulung Tikar’ Lepas Kena Kecam Cuba Jual Jamban Lisa Blackpink Pernah Guna

Baru-baru ini, Lisa dari kumpulan K-pop popular, Blackpink telah memuat naik beberapa gambar photoshoot di sebuah kafe bertemakan retro MQQN Cafe, Bangkok di Instagramnya.

Sumber: Instagram

Cuba ambil kesempatan, pemilik kafe Thai, Masse Jacop cuba mengaut untung dengan menjual beberapa barangan di kafe tersebut yang dia claim telah digunakan oleh Lisa.

Menurut TodayOnline, Masse mula membida barang-barang seperti sofa, sudu garfu malah tempat duduk tandas yang dia kata penyanyi ini pernah guna di Facebook.

Menurut Masse, beberapa objek yang dia jual di Facebook ini telah pun mendapat bidaan hampir 100,000 baht (RM13, 599)! Disitu juga, beberapa warga net turut memberikan komen-komen tak senonoh tentang bahagian badan dan bulu ari-ari penyanyi ini.

Sumber: Instagram

Tak cukup dengan itu, seorang pengguna Facebook siap cakap yang dia sanggup bayar hanya untuk hidu sofa yang Lisa duduk dan Masse membalas, “kalau nak bau, 1000 baht tapi untuk kawan-kawan 100 baht je.” Eee teruknya perangai!

Komen-komen tak senonoh dari netizen dan Masse ini telah mengundang kemarahan peminat-peminat Lisa yang mula bertubi-tubi mengecam dan memalukan pemilik kedai ini.

Ekoran dari itu, Masse terus memohon maaf kepada Lisa dalam satu posting di Facebook namun tindakannya ini masih tak boleh nak puaskan hati peminat-peminat Blackpink yang menuduh lelaki ini telah mengganggu Lisa secara seksual dan meminta label Blackpink, YG Entertainment untuk mengambil tindakan.

Sumber: Twitter

Akhirnya, Masse terpaksa akur dengan tindakan melampaunya dan terpaksa gulung tikar. MQQN Cafe kini telah pun ditutup buat selama-lamanya.

Kan dah tak pasal-pasal. Daripada boleh buat untung sebab Lisa pernah datang situ, terus kena tutup. Sebab tu lain kali jangan tamak…

 

Baca: “Bangga jadi Malaysian!” – Lisa Blackpink Wanita Tercantik di Asia, Shila Amzah Pun Tersenarai!