fbpx
in

“Ada ustaz yang tidak beri pandangan baik tapi…” – JPM Tampil Jawab Isu ‘Banned’ Penceramah

Jpm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu penceramah yang disekat daripada muncul di TV dan Radio, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tampil menjawab berkenaan isu tersebut.

Lapor Kosmo, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menasihatkan penceramah agama agar mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.

 

Selagi tidak bercanggah, kita mengalu-alukan


Jph
Sumber : kosmo

“Penceramah dan pengkuliah yang mahu muncul di TV di dalam program kita mestilah memahami tiga teras yang kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita mengalu-alukan, kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat content (isi),”

Bagaimanapun, berikutan dengan gambar viral berkenaan dengan senarai 10 nama penceramah yang dilarang muncul di kaca tv dan keudara di radio itu Datuk Mujahid Yusof sangkal dakwaan tersebut.

 

Kita tak pernah menyekat

Tvradio 1

Beliau akui ada sesetengah ustaz yang lantang dalam memberikan pandangan yang kurang baik. Tetapi, tindakan untuk menyekat pendakwah ini tak pernah wujud!

“Kita (JPM) tidak pernah ada mengeluarkan arahan mahupun sekarang ini kita rasa ada sesetengah ustaz yang tidak memberi pandangan yang baik tapi kita tidak pernah menyekat,”

Tambahnya lagi,  perkara itu tidak patut ditularkan tanpa asas semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan provokasi terhadap PH.

 

Baca  : Jika saya ampu kerajaan, mesti tak sekat” – PU Syed Tak Kisah ‘Dibanned’ TV & Radio Mulai 2019

Penceramahdisekat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top