in

“Jika saya ampu kerajaan, mesti tak sekat” – PU Syed Tak Kisah ‘Dibanned’ TV & Radio Mulai 2019

Penceramahdisekat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang pendakwah terkemuka Malaysia, PU Syed tadi ada memuat naik satu foto yang memaparkan senarai penceramah yang bakal ‘digam’ mulai 2019.


Antaranya Ustaz Ahmad Dasuki, Kazim Elias, Samsul Debat, Dr. Redzuan Tee, Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Azhar Idrus, Zamihan, PU Amin bahkan dirinya sendiri.

Disebabkan itu, dia tampil memberikan respon berkenaan dengan isu tersebut.

 

Tak kisah jika disekat..Siaran langsung kita boleh buat sendiri

Tvradio
Sumber : instagram

“Ambe (saya) tak kisah jika disekat utk ke udara di TV atau Radio milik Kerajaan atau Swasta..
Zaman le (sekarang) ni siaran langsung kita boleh buat sendiri.. Bila² masa dan dimana jua.. Kenapa nak bersedih? Relaks² saje.. Ambe disekat kerana tegur Kerajaan..
Jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai.”

Menurut PU Syed, nama dia disekat disebabkan membuat teguran kepada pihak kerajaan. Tambahnya lagi, dia tak gentar untuk melakukan demikian bahkan tak kisah jika namanya telah disekat.

Baginya, apa yang salah akan ditegur, begitu juga dengan kerajaan lama. Tambahnya lagi, ini hanyalah dugaan kecil baginya.

 

Saya tak takut!..Apa yang berlaku ini hanya kemuncup melekat yang boleh dibuang

“Maka ambe sejak zaman BN ambe akan tegur jika salah, dan ambe tak takut! 
mungkin mereka tak tahu bahawa Ujian terhadap usaha dakwah para Anbiya lagi dahsyat sehingga ada yg dibunuh oleh kaumnya.. Jadi apa yg berlaku ini hanya kemuncup yang melekat dan boleh dibuang begitu shj.. Yang Berusaha
PU Syed.”

Spekulasi ini menjadi bualan netizen. Ramai yang tanya kepadanya samada ia benar atau tidak. Susulan itu, dia tampil memberi respon melalui video dibawah ini.

 

Adakah betul senarai tersebut? Jawapan saya ada betul cuma..”

Sementara itu, Ustaz Kazim Elias pula menzahirkan rasa sedih dan akur dengan dugaan yang melanda dirinya ini.

 

Eeee..Sedihnya nak nangis pula rasanya –  Respon Ustaz Kazim Elias

Kazimelias
Sumber : instagram

“Dengar khabarnya saya ni dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di tv dan radio.. ee sedihnyee..nak nangis pulak rasanya..Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas.. janji dakwah jalan terus.. yang sedihnya bagi yang menyekat tu apa lah nak dijawab dihadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah… pasni nak buat kerja apa ye? LBGT ok ke?”

 

Baca : PU dan Da’i Kena Hentam!

Page H

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.