in

“Apsal kasar sangat?” – Syatilla Ditegur Goncang Tangan Anak Macam Nak Patah

Syeriv Samheizy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Apsal kasar sangat?" - Syatilla Ditegur Goncang Tangan Anak Macam Nak Patah
Loading
/

Semenjak dua menjak ini, Instagram anak artis sering menjadi perhatian netizen yang gemar melihat gelagat anak kecil ini yang comel dan lincah. Antara anak artis yang terkenal di media sosial ialah anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana; anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana serta anak Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar.


Dengan memiliki 466,000 pengikut, anak Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy juga kini kian mendapat tempat di hati netizen. Tambahan pula, ibunya Syatilla Melvin rajin benar memuat naik keletah serta aktiviti harian Syeriv di Instagram membuatkan pengikutnya makin bertambah hampir setiap hari.

Syeriv
sumber: instagram
Syeriv 2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, entri yang dimuat naik Syatilla mengenai Syeriv baru-baru ini yang menunjukkan dia sedang menggoncangkan tangan anaknya dengan begitu kasar sekali telah menimbulkan kemarahan netizen. Kasar sangat ke tu?

Menurut ramai pengguna media sosial, tindakan Syatilla itu membahayakan anaknya kerana bayi tersebut masih lagi kecil dan menggoncangkan tangannya dengan begitu kuat boleh memberi kesan kepada bahagian tulang tangan tersebut selain boleh mengakibatkan kecederaan. Alamak… macam mana tu? 

Pada masa yang sama, ada yang tidak percaya Syatilla tergamak melakukan hal tersebut kepada Syeriv. Tindakan itu menurut mereka menunjukkan Syatilla seakan-akan menganggap Syeriv seperti patung mainan.

Komenszzz
sumber: instagram

Walau bagaimanapun ada yang menganggap tindakan Syatilla itu sekadar gurauan dengan Syeriv dan bukanlah sengaja mahu mendatangkan mudarat pada anaknya.

Gurau2
sumber: instagram

Pun begitu, diharapkan pasangan Syatilla dan Shaheizy Sam mengambil perhatian akan teguran orang ramai dan berpada-padalah dalam nak bergurau dengan anak. Tangan bayi masih lagi lembut dan mudah patah, kalau jadi apa-apa nanti kesian pula kan?

Kadang-kadang tak semua yang netizen tegur tu salah dan negatif. Kena take note juga untuk kebaikan di masa hadapan….

Baca: “Rude betul!” – Netizen Kecam Shaheizy Sam Campak Kasut, Hadiah Pemberian Zizan

Sam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.