in

“Ada naik Kancil sebab itu ja pilihan dia ada” – Netizen Pertikai TMJ Pakai Kancil?

Pakai Jelah Kereta Apa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak dapat anak Sultan yang merendah diri dan hanya pakai kereta Kancil je pergi ke menghadiri majlis rasmi. Namun tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Idris telah menarik perhatian ramai.


Video beliau menaiki Kancil hitam semalam viral di Facebook dan mendapat pujian dan sanjungan ramai.

https://www.facebook.com/NewUsedCarDealerJB/videos/10214701058812780/

Walau bagaimanapun, tak semua netizen berpuas hati dengan tindakan selamba TMJ menggunakan kenderaan tersebut.

 

“Dia naik kancil sebab dia pilih untuk naik Kancil. Ada orang naik Kancil sebab itu ja pilihan yang dia ada” 

Memang benar, tak semua perkara baik yang kita lakukan akan disukai ramai. Menerusi satu tweet yang viral semalamnetizen terbabit membandingkan taraf kehidupan seorang anak raja dengan rakyat marhaen yang memakai kenderaan Kancil kerana tiada pilihan lain. 

Naik Apa Kancil
sumber: twitter

Isu tersebut mencetuskan komen daripada netizen yang ada mengatakan TMJ sekadar mencari publisiti. Tak cukup dengan tu ada jugak yang kata, TMJ tetap kaya walaupun dia memakai Kancil kerana kat rumahnya ada banyak lagi kereta mewah lain. Ish, ish, ish… 

Apa Nak Dihairankan
sumber: twitter

 

“Adik beradik beliau pun ada kancil sebagai kereta pertama. Tunku Tun Aminah siap cat Kancilnya warna pink!” 

Kritik, kritik juga tapi ada yang ‘back up’ TMJ dengan mengatakan setiap dari anak Sultan Ibrahim memang memiliki kereta Kancil sebagai kereta pertama mereka. Tunku Tun Aminah, adik kepada TMJ pun pakai Kancil pink tau.

Tak baik yang kata mereka ni sekadar nak menunjuk. Sekurang-kurangnya mereka cuba untuk fahami kehidupan rakyat.

Tta
sumber: twitter

 

“TMJ anak Sultan pun naik Kancil, kau baru dapat Waja dah tukar sport rim macam h*nat perangai” 

Apa-apapun dekat Facebook ramai masih ramai yang support TMJ dan kritik mereka yang tak puas hati dengan tindakan beliau. Bukan senang nak dapat pemimpin yang selamba je pakai Kancil pergi mana-mana event.

Kancil Je Boh
sumber: facebook

Sebagai netizen, kita positive saja dengan tindakan pemimpin terutama mereka dengan pangkat tertinggi yang turun padang untuk selami hati rakyat.

Sedikit sebanyak tindakan TMJ ni beri inspirasi kat mereka di luar sana untuk bersederhana dengan pakai Kancil je walaupun korang tu anak Sultan atau anak raja. Yang penting, tak dibebani hutang kerana nak nampak mewah dan bergaya. Gituuu! 

Baca: Membazir! Netizen Label TMJ Kurang Bijak Lepas Belanja Rakyat di Aeon Tebrau

Membazir

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.