in

Ada Masalah Kulit? Jumpa Pakar Kulit Hospital Kerajaan Bayar RM5 Je!

Klinik Kulit Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali mengalami masalah kulit hingga terpaksa berjumpa doktor?

Tapi risau dikenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk setiap consultation dan ubat-ubatan?


Caj doktor pakar hospital kerajaan cuma RM5!

Berdepan dengan masalah kulit memang satu perkara yang kalau boleh, ingin dielakkan oleh sesiapa sahaja.

Kebiasaannya kita akan dicaj dengan harga tinggi untuk ubat dan caj consultation doktor pakar.

Tapi tahu tak sebenarnya kalau kita ke hospital kerajaan, kita hanya dikenakan caj RM5 sementara ubat-ubatan adalah percuma?

Klinik Kulit 1
sumber: twitter

Gadis ini memberikan respon berkenaan semasa mengulas perkongsian netizen yang membayar harga yang tinggi untuk ubat-ubatannya dan caj rawatan.

Sesuai untuk rawatan kulit yang teruk

Menurutnya, sekiranya korang tak mengalami masalah kulit yang teruk boleh saja ke klinik kesihatan kerajaan yang cuma berharga RM1 untuk dapatkan rawatan.

Tapi jika ia agak teruk dan memerlukan perhatian doktor pakar baik terus ke hospital kerajaan sahaja.

Kliinik Kulit 2
sumber: twitter

Prosedur untuk dapatkan rawatan doktor pakar

Macam mana caranya untuk kita dapatkan rawatan dengan doktor pakar di hospital kerajaan?

Syaratnya, pertama sekali mesti dapatkan surat rujukan daripada mana-mana doktor di klinik biasa.

Bukan main terjah saja atau pergi ke bahagian kecemasan tau!

Kliinik Kulit 3
sumber: twitter

Mudah saja kan?Cuma perlu bersabar sikitlah sebab ramai yang dapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Maklumlah, murah dan rawatan sama hebat hospital swasta!

Senarai ubat-ubatan klinik kulit hospital kerajaan

Tengok sajalah senarai ubat-ubatan yang diterima gadis ini. Banyak juga kan?

Klinik Kulit 3
sumber: twitter

Walaupun dia tak consume lagi ubat-ubatan oral tapi sekurang-kurangnya jimat la juga untuk membeli ubat krim dan sapuan lain.

So, apa lagi? Pergi cepat ke klinik dan minta untuk dapatkan rawatan lanjut di hospital kerajaan je.

Sesuai untuk mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang masa.

Baca: Bersalin di Hospital Swasta Mahal? Pusat Bersalin 1 Malaysia Caj RM15 Sahaja Dengan Layanan First Class

7Blur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.