in

Ada Masalah Air Cond dan Pemeriksaan Enjin, Individu Kongsi Pengalaman Naik Lion Air JT-610 Malam Sebelum Tragedi

Enjin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu demi satu kisah terungkai lepas nahas pesawat Lion Air JT-610 terhempas awal pagi semalam.


Belum lagi reda misi mencari dan menyelamat, seorang netizen daripada Indonesia mendedahkan pengalamannya menaiki pesawat tersebut malam sebelum kejadian berlaku di Instagram. Kisah ni dikongsikan semula di Twitter oleh seorang netizen. Scaryy!

 

“Cukup bikin saya shock kerana itu pesawat yang saya dan tim tumpangi…” 

Bagaikan tak percaya, netizen bernama Conchita ni sebenarnya menaiki pesawat yang sama pada malam sebelum kejadian menuju ke Jakarta dari Denpasar. Menurutnya, terlalu banyak masalah yang dihadapi semasa menaiki pesawat tersebut termasuklah delay hampir sejam lebih. 

Malah lebih menakutkan, pesawat tersebut terpaksa tangguhkan take off kerana air cond beberapa kali mati apabila ia menuju ke runaway. Akibat daripada kurangnya oksigen, ada penumpang dan kanak-kanak yang muntah kerana terlalu lama di dalam pesawat yang tiada udara.

Dqq4Rnguuaamsoo
sumber: twitter

 

“Saya sempat marah kerana sebagai penumpang yang dah bayar wang tiket, kita punya hak untuk tanya keamanan pesawat” 

Setelah sekian lama pesawat tidak juga berlepas, penumpang jadi tak senang duduk dan ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Conchita sendiri naik angin sebab pihak syarikat penerbangan langsung tak beri apa-apa penjelasan dan biarkan penumpang clueless dengan apa yang sedang terjadi.

Walau bagaimanapun, penumpang akhirnya dipaksa masuk kembali dalam keadaan air cond yang tidak menyala dan isi pesawat yang panas.

Dua
sumber: twitter

 

“Cara mereka memperlakukan penumpang seperti tak ada pedulinya sama sekali… Jaminan keselamatan tak ada. Pesawat bermasalah dirahsiakan” 

Lepas menunggu dalam tempoh yang agak lama, akhirnya pesawat itu berjaya take off walaupun tidak ramai yang yakin akan keselamatannya. Conchita dan penumpang lain selamat mendarat tapi mereka tetap tidak berpuas hati dengan sikap anak kapal yang merahsiakan masalah pesawat tersebut.

Tiga
sumber: twitter

 

Penumpang sempat tanya staf pesawat tapi dapat jawapan hampa… 

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Conchita sempat juga tanya staf pesawat tersebut (mungkin seorang jurutera) tentang apa yang berlaku sebentar tadi, namun dia tidak mendapat sebarang jawapan.

Mereka seakan mengelak untuk menjawab dan anggap Conchita macam penumpang yang penuh drama dan mengganggu tugasan mereka. Aduhai!

Empat
sumber: twitter

 

“Pengalaman yang saya dan penumpang alami bukan hoax atau melebih-lebih” 

Tapi seperti yang korang semua jangka, pastinya akan ada pakcik dan makcik bawang Indonesia yang tuduh apa yang dikatakan Conchita ni hanya hoax je dan sengaja melebih-lebihkan isu. Macam manapun, mangsa masih tetap dengan pendirian benda ni satu perkara serius dan bukan hendak mencari publisi dalam kemelut isu ni.

Lima
sumber: instagram
Enam
sumber: instagram
Tujuh
sumber: instagram

Oh begitu ceritanya… Bagi admin kalau benarlah apa yang diceritakan individu ni, pihak Lion Air haruslah memperbaiki kelemahan yang dinyatakan tersebut. Macam manapun, admin mendoakan semoga keluarga mangsa terbabit tabah hadapi dugaan ni.

Takziah dan semoga terus kuat! 

Baca: Nahas Lion Air: Juruterbang Beri Petunjuk Ingin Pulang Ke Pangkalan Sebelum Hilang?

Juru 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.