Dengan pegangan “hanya derma, betul atau menipu, urusan dia dengan tuhan” inilah yang menjadi penyebab sesetengah golongan ini ambil kesempatan untuk mendapatkan wang dengan mudah seperti mana yang diperkatakan oleh seorang TikToker ini.
Mereka akan gunakan ‘saham akhirat’ sebagai modal untuk ‘mengumpan’ mana-mana individu yang mempunyai pegangan seperti yang dijelaskan di atas.
Artikel Berkaitan : Guna Akaun Personal Untuk Kutip Derma Palestin, ‘Fan Club’ Pelakon Terkenal Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan : “Mereka kaya-raya” – Netizen Terkedu Negara Arab Derma Kain Kafan ‘Mewah’ Ke Gaza
Jelas lelaki yang dikenali sebagai @alepza ini, golongan ‘ustaz/ustazah’ jadian ini biasanya akan membuat iklan di media sosial untuk medapatkan simpati orang awam untuk menyalurkan sumbangan yang sekaligus menjadi pertikaian lelaki ini tentang bajet yang mereka ada.
Malah lelaki ini turut menempelak mana-mana pengasas madrasah atau tahfiz yang menyediakan sebarang fasiliti, ia menjadi persoalan mengenai aspek keselamatan, kualiti makanan dan sama ada mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa atau tidak. Bahkan dia juga turut mempersoal kebajikan pelajar serta pengajar di pusat berkenaan.
@alepza11 Jangan mudah percaya. Dalam dunia ni ramai penipu #LearnOnTikTok #dralphazaki
“Tenaga pengajar pula pun nampak susah, naik motor je, bayaran entah dapat atau tidak, kata kerja seikhlas hati untuk akhirat, mana boleh macam tu, diaorang pun hendak ada keluarga yang hendak disara. Sebab owner nampak mewah, kereta dua tiga biji, anak owner pergi sekolah naik motor, naik kereta pun ada, tapi minta derma.”
“Kalau ada bisnes, develop dia punya fasiliti, itu yang menjadi persoalan, sebab bila kau minta derma, fasiliti nampak daif, tapi owner nampak mewah, bila kerajaan negeri masuk campurm arah tutup kau bising.”
Malah, ia menjadi persoalan buat lelaki ini apabila pemilik-pemilik tahfiz atau madrasah ini akan menggunakan modal lapuk iaitu gambar tiang lama, dan gambar-gambar pelajar tahfiz, namun tak tahu ke mana perginya hasil kutipan derma tersebut.
Sumber : TikTok