in

Ada ‘Ayahanda’ Hubungi Asri Janggut, Tak Puas Hati Dengan Pendedahan Kegiatan Judi di Sg Buloh

Ayahanda Call Asri

Susulan pendedahannya tentang kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh kelmarin, Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid dihubungi individu mengaku sebagai ‘ayahanda’.

Menurut Harian Metro, pengusaha Hot Burger Malaysia itu mendakwa telah dihubungi ‘ayahanda’ kawasan berkenaan semalam melalui panggilan telefon dan memaklumkan ketidakpuasan hatinya terhadap pendedahan yang dibuat melalui video yang viral itu.

Asri6

Asri5

Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan kata perkara itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.”

Saya sudah merujuk perkara itu kepada pihak polis menerusi perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan.”

Meskipun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak selepas dia buat pendedahan itu, namun Asri yakin keselamatannya masih terancam.

Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih ‘panas’.”

Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada rasa dendam terhadap saya akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah.”

Premis2

Premis1

Terbaru, tiga pegawai penguatkuasa MBSA cawangan Sg Buloh telah ditahan kerana dipercayai menerima rasuah sebanyak RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi setiap premis perniagaan. Seorang peniaga warga Aceh turut ditahan kerana menjual rokok seludup dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Baca: Premis Haram Sg Buloh: 3 Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM, Didakwa Terima Rasuah Hingga RM3,500 Secara Bulanan

Premis Sg Buloh

Sumber: Facebook
Sumber: Blog
Sumber: Harian Metro