in

Premis Haram Sg Buloh: 3 Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM, Didakwa Terima Rasuah Hingga RM3,500 Secara Bulanan

Premis Sg Buloh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Cawangan Sg Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan isu viral premis judi tanpa lesen baru-baru ini, lapor Sinar Harian.


Ketiga-tiga pegawai itu dipercaya mengutip dan menerima rasuah secara bulanan untuk melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buloh.

Premis

Premis1

Difahamkan, sumber memaklumkan tiga pegawai tersebut berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun dan telah ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi. Mereka telah ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua daripadanya adalah penguatkuasa dari Cawangan Sg. Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Mereka dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi setiap sebuah premis perniagaan termasuklah premis kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok serta gerai-gerai yang dibuka di kawasan yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Selain itu pihak SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan di dalam video viral tersebut kerana langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan dan bakal diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

Premis2

Premis3

Peniaga Aceh itu telah beroperasi sejak tahun lepas dan dilaporkan telah membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan.

Ada yang turut berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Hal ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Baca: Bukit Aman Sahkan Terima Maklumat Ada Pegawai & Anggota Polis ‘Lindungi’ Premis Judi Tak Berlesen Di Sg Buloh

Featured 7

Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.