Promosi Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Ditunda, Netizen Mula Berteka-teki?

Tambah ke Sumber Pilihan
Promosi Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Ditunda, Netizen Mula Berteka-teki?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure. Ia susulan kenyataan pengarah drama tersebut serta penulis novel itu.

BamBam Studios yang merupakan team drama rasmi Astro menerusi laman Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak di mana promosi drama itu ditangguhkan sehingga diberitahu.


Artikel berkaitan: “Pergi dekat novel pasal cintan cintun” –  Berebut Masuk Pesta Buku, Netizen Sangkal Dakwaan Rakyat Malaysia Kuat Membaca

Artikel berkaitan: Dedah Drama Bidaah Dari Pengalaman Sendiri, PU Syed Minta Erma Fatima Buat Laporan Polis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Dalam kenyataan tersebut difahamkan segala promosi untuk drama berkenaan ditangguhkan, namun dalam kenyataan itu tiada dinyatakan jika hari tayangan itu ditunda.

Drama yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.

Sebelum ini, teaser dan sidang media drama itu mendapat kritikan ramai susulan kenyataan pengarahnya yang mengatakan drama tidak boleh terlalu sama dengan novel kerana novel itu hanya ‘angan-angan’ penulis.

Di ruangan komen, ramai netizen yang berteka-teki mengapa promosi drama itu ditangguhkan.

Cats 21

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan penagguhan yang dinyatakan itu.

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Promosi Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Ditunda, Netizen Mula Berteka-teki?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/promosi-drama-thariq-ridzuwan-his-treasure-ditunda-netizen-mula-berteka-teki/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM