Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan Nur Farah Kartini masih dalam siasatan pihak polis dan difahamkan, reman terhadap suspek juga telah disambung sehingga 29 Julai 2024.
Abang ada jumpa suspek tapi..
Pun begitu, menerusi satu temu bual oleh wartawan rancangan 999, terbitan TV3 bersama abang kepada Nur Farah Kartini, Farizza mendakwa ada berjumpa dengan suspek di sebuah restoran pada hari keempat selepas arwah adiknya dilaporkan hilang.
Artikel berkaitan: Kes Nur Farah Kartini: Polis Rakam Percakapan Seorang Pekerja Kebun Ubi
Artikel berkaitan: “Kad sim dianalisis” – Kes Pembunuhan Nur Farah: Pihak Polis Turut Jalankan Proses Analisis Pada Kereta Suspek
Menurutnya, suspek nampak seperti sedang menyorokkan sesuatu dan mengelak untuk menjawab soalan tentang kehilangan adiknya.
Saya ada jumpa dia kat kedai makan, saya tanya ada tak ambil adik? Kalau ada, pulangkan.. kalau tak ada tak apa. Tapi suspek cakap tak tahu..
Pernah tanya dia.. ada rasa nak cari ke? Dia cakap.. “Ada ada.. saya pun usaha tengah cari.” Dia buat macam biasa tapi nampak dia takut. Rupanya, dia dah bunuh masa tu.
Minta bukti chat tapi dah padam
Dalam pada itu, Farizza mula mengesaki ada sesuatu yang tidak kena berikutan tindak tanduk suspek yang agak mencurigakan.
Saya suspek dia.. sebab saya tahu adik last (ada) dengan laki ni. Sebab kitorang dah check CCTV apa semua, last dia naik kereta laki tu.
Kitorang nak tengok chat dia, dia kata dah padam. Kitorang minta dashcam semua, dia kata dah hilang. Tapi dia banyak memburuk-burukkan adik saya masa jumpa tu.
Farizza berkata, adiknya sudah mengenali suspek sejak tahun 2022 dan Nur Farah Kartini juga bekerja sambilan di sebuah perkhidmatan kereta sewa yang diusahakan oleh suspek di Tanjung Malim, Perak.
Moga kes ini dapat keadilan yang sepatutnya..
Sumber: YouTube