in

“Masa saya accident, dia orang pertama ada..” – Rakan Nur Farah Kartini Sebak Cerita Jasa Baik Arwah

Kawan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kalau seseorang itu baik, pasti orang sekeliling akan bercerita tentang kebaikannya walaupun sudah meninggal dunia.

Sejak jasad Nur Farah Kartini ditemui meninggal dunia pada 15 Julai 2024 di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, ramai rakan arwah tidak henti-henti menyifatkan beliau seorang yang sangat baik.


Farah orang pertama ada..

Menerusi hantaran video oleh @azuanisa_ di TikTok, seorang pemuda yang juga rakan baik arwah kelihatan sebak berkongsi kisah kenangan dirinya bersama arwah Nur Farah Kartini. Mereka mula berkenalan sewaktu di universiti ketika program kepimpinan.

Sepanjang kenal, arwah sangat baik. Dia tak pernah bahasakan ‘Aku’ dia sentiasa soft spoken. Dia akan bahasakan dirinya ‘Fa’.

Bercerita lanjut, dia pernah diuji kemalangan jalan raya pada tahun lepas dan arwah Nur Farah Kartini adalah orang pertama yang ada di wad kecemasan ketika itu.

Artikel berkaitan: “Ramai sayang awak” – Netizen Sebak Lihat Rakan Baik Nur Farah Kartini Longlai Di Depan Kubur

Artikel berkaitan: Tular Cerita ‘Tiupan Angin’ Berlalu Lepas Telefon Nur Farah Kartini Ditemui, Pendakwah Pesan Jaga Akidah

Saya ingat lagi tahun lepas, di saat saya kemalangan di Tanjung Malim, keluarga saya jauh di Terengganu. Tapi, dia orang pertama ada di wad kecemasan. 

Media tak perlu buktikan dia baik, dunia boleh buktikan dia baik. Dia sangat baik.

Bagaimanapun, dia meminta orang ramai agar mendoakan kebaikan untuk arwah serta kes ini mendapat keadilan yang sepatutnya.

Doakan yang terbaik untuk dia dan mendapatkan keadilan di dunia dan di akhirat nanti.

@azuanisa_

Dengar luahan dari kawan baik arwah Nur Farah Kartini. #farahkartini #justicefornurfarahkartini

♬ bunyi asal – Mohamad Azuan Mohd I – Mohamad Azuan Mohd I

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar luahan rakan arwah Nur Farah Kartini.

Kawan 1 Kawan 2

Sebak min dengar cerita ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.