900 Pelajar Di Johor Anggap SPM Tak Penting Sebab Boleh Dapat Gaji Besar Di Singapura

Tambah ke Sumber Pilihan
900 Pelajar Di Johor Anggap SPM Tak Penting Sebab Boleh Dapat Gaji Besar Di Singapura

Belakangan ini, isu pelajar tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin membimbangkan.

Mana tidaknya, untuk tahun lepas, sekitar 10,000 pelajar tidak menduduki SPM seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


900 pelajar di Johor tidak ambil SPM

Seperti di Johor, kira-kira 900 calon SPM di negeri itu gagal menduduki peperiksaan yang menjadi syarat penting pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajar ke peringkat universiti.

Artikel berkaitan: Kira-kira 10,000 Calon SPM 2024 Tidak Hadir Perperiksaan – Menteri Pendidikan

Artikel berkaitan: Buat Bising Dengan Tunggang Motosikal Ramai-ramai Lepas Habis SPM, Sekumpulan Pelajar Ditahan Polis

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, antara puncanya pelajar beranggapan masih boleh mendapat kerja di Singapura dengan gaji besar kerana kadar mata wang yang tinggi tanpa menggunakan kelayakan SPM.

Spm Gambar Hiasan 2 250X167 1Sumber: Kosmo!

Beliau menjelaskan, faktor berkenaan menjadi kebimbangan kerajaan negeri dan masalah keciciran pelajaran akan terus berlarutan.

“Dianggarkan 900 pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM tahun ini, walaupun jumlah itu menurun berbanding tahun lalu, ia masih membimbangkan.

“Cuma cabaran kita ini, Singapura tidak memerlukan kelayakan SPM untuk ambil pelajar-pelajar kita bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Aznan menyatakan pihak sekolah perlu memainkan peranan agar ibu bapa dan pelajar diberikan penekanan bahawa SPM itu penting yang menjadi penentu masa depan mereka.

Berhubung isu tersebut, kerajaan negeri mahu menyelamatkan pelajar yang keciciran dalam SPM untuk menyambung pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sumber: FMT

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

900 Pelajar Di Johor Anggap SPM Tak Penting Sebab Boleh Dapat Gaji Besar Di Singapura
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/900-pelajar-di-johor-anggap-spm-tak-penting-sebab-boleh-dapat-gaji-besar-di-singapura/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM