in

Jangan Ambil Mudah, Ini 8 Tanda Depresi – Salah Satunya Tak Lalu Makan!

Tanda Depresi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa sedih dan kecewa merupakan perkara yang biasa dalam hidup. Walau bagaimanapun, sekiranya kesedihan tersebut berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang serta menyebabkan anda rasa hampa dan putus asa, ini merupakan tanda depresi.


Depresi merupakan satu kondisi yang menyebabkan penghidapnya tidak lagi berminat untuk meneruskan kehidupan. Kondisi ini turut dikenali dengan nama major despressive disorder atau clinical depression.

Penghidap depresi sukar untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa kerana merasai hidup ini tidak lagi bermakna.

Bagi mereka yang sudah lama rasa sedih dan putus asa, cuba periksa sama ada anda mempunyai tanda depresi seperti berikut:

8 Tanda depresi, jangan ambil mudah!

1. Tidak berminat untuk melakukan apa-apa perkara

Tanda Depresi

Jika dahulu, anda suka bermain game atau berbasikal pada masa lapang, kini aktiviti tersebut tidak lagi membuatkan anda rasa gembira. Ini merupakan satu tanda depresi, turut dikenali sebagai adhedonia.

Menurut kajian, hampir 90% penghidap depresi mengalami adhedonia. Mereka dibelenggu rasa sedih dan tidak lagi gembira melakukan perkara yang digemari.

2. Putus asa dalam hidup

Salah satu tanda depresi ialah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Kadangkala, mereka juga rasa hampa dan tidak berguna.

Bukan itu sahaja, mereka yang menghidap depresi juga suka menyalahkan diri sendiri. Ayat-ayat seperti ‘semua ini salah aku’ atau ‘apa gunanya terus hidup’ selalu bermain di fikiran mereka.

Selain itu, mereka juga rasa orang lain akan bergembira atau tidak kisah sekiranya mereka tiada.

3. Rasa penat sepanjang masa atau sukar tidur malam

Rasa penat yang mereka alami inilah penyebab mengapa individu yang menghidap depresi tidak suka untuk melakukan apa-apa aktiviti, termasuklah aktiviti yang mereka gemari.

Depresi selalunya datang dengan keletihan yang amat sangat. Disebabkan rasa letih yang keterlaluan, mereka akan tidur dalam masa yang panjang. Kemudiannya, mereka akan sukar tidur pada waktu malam.

Namun, ada juga penghidap depresi yang mengalami insomnia. Mereka selalunya sukar tidur malam disebabkan rasa gelisah dan kurangnya tidur yang berkualiti.

4. Anxiety

Depresi dan kegelisahan selalunya berlaku pada masa yang sama.

Antara tanda anxiety atau kegelisahan ialah kerap berdebar, rasa nervous, bernafas dengan pantas, berpeluh dengan banyak atau sukar untuk fokus.

5. Mudah marah dan mengamuk

Tanda Depresi

Lelaki yang menghidap depresi selalunya lebih mudah marah dan cepat mengamuk.

Menurut kajian, kaum Adam yang depres selalunya mempunyai mood yang tidak stabil, selalu melakukan perkara berbahaya dan gemar melepaskan kemarahan secara membabi buta.

Apa yang menyedihkan, kaum Adam selalunya tidak akan berjumpa doktor sekiranya mengalami depresi.

Mereka anggap itu merupakan perkara biasa. Ada juga yang malu untuk mendapatkan nasihat pakar kerana beranggapan diri mereka ‘cukup kuat’ untuk berhadapan dengan apa jua masalah.

Kepada kaum Adam di luar sana, jangan malu untuk dapatkan bantuan. Ingatlah orang yang tersayang disisi anda!

6. Perubahan selera makan dan berat badan

Penghidap depresi selalunya mengalami perubahan selera makan dan berat badan. Perlu diingatkan, kondisi ini berbeza mengikut individu.

Ada orang yang makan lebih banyak daripada biasa dan mengalami peningkatan berat badan akibat depresi. Ada juga yang akan kehilangan berat badan kerana tidak lalu makan. Kedua-duanya merupakan tanda depression.

7. Emosi yang tidak dapat dikawal

Tanda Depresi

Sekejap nak marah, sekejap nak menangis?

Sebenarnya, emosi yang tidak stabil ini merupakan tanda depresi. Penghidap depresi tidak boleh lari daripada mengalami mood swing yang keterlaluan.

8. Ingin membunuh diri

Ada kes depresi yang menjurus ke arah bunuh diri. Pada tahun 2020, hampir 46,000 individu meninggal dunia disebabkan bunuh diri di Amerika Syarikat.

Menurut satu tinjauan atas talian di negara tersebut, 46% responden pernah berfikir untuk membunuh atau mencederakan diri.

Mereka yang meninggal dunia disebabkan depresi selalunya akan menunjukkan tanda-tanda tertentu.

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang mengalami depresi, tolong duduk bersama mereka. Pantau dan pastikan mereka tidak melakukan perkara yang berbahaya.

Sekiranya anda dibelenggu depresi dan ingin membunuh diri, anda boleh menelefon Befrienders KL di nombor 03-76272929. Talian ini dibuka 24 jam untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Sumber: Healthline, Befrienders KL

Baca:Selamat malam’ Ucapan Terakhir Goo Hara Sebelum Ditemui Akibat Depression, Ini Cubaan Kedua?

Tanda Depresi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.